Saturday 30 November 2019

TITIK SARAF DI TAPAK KAKI PENENTU TAHAN KESIHATAN

Refleksologi merupakan teknik rawatan urutan kepada titik refleksi. Kaedah ini adalah dengan memberikan urutan refleksologi kepada tapak kaki kerana tapak kaki mempunyai banyak titik refleksi.

Perubatan ini adalah berdasarkan kawasan zon dan reflek yang menyamai sebuah sistem badan melalui urutan pada kaki dan tangan, dan urutan yang dilakukan pada bahagian anggota badan berkenaan dapat memberi kesan kepada fizikal badan seseorang.

Maksud titik refleksi adalah titik pusat saraf. Setiap titik refleksologi ada kaitan dengan organ tubuh badan tertentu, jadi dengan membuat urutan pada bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit.

Setiap titik refleksologi yang diurut akan membantu membaik pulih organ tubuh badan berkenaan.

Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit.

Gambar menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita. Sebab itu kita perlu perbanyakkan aktiviti yang menggunakan tapak kaki agar seluruh bahagian badan turut aktif.

Tapak kaki dilengkapi dengan kejuruteraan berstruktur yang amat menakjubkan. 

Tetapi kalau kita terus menerus `menindas' kaki, misalnya dengan menyarung kasut yang tidak sesuai, berdiri berjam-jam dan sebagainya, lama-kelamaan kaki akan mengalami tekanan berlebihan.

Kesannya bukan sahaja pada kaki tetapi boleh menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan seperti sakit leher, lutut dan belakang. Sebilangan besar kesakitan yang dirasai pada anggota tubuh tersebut adalah berpunca daripada fungsi kaki yang terjejas. 

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. 
 
Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu. 

Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki. 

No comments:

Post a Comment