Saturday 9 December 2023

ODEN SEJENIS MASAKAN PANAS JEPUN

 
Oden merupakan masakan panas Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan diperbuat daripada tauhu, kek ikan, telur, rumpai laut, sayuran, daging, makanan laut dan sebagainya.

Bahan-bahan ini direndam dalam kuah sup yang berasaskan kicap soya. Antara bahan yang sering dimakan bersama kuah sup oden ialah daikon, konnyaku, telur rebus, chikuwa, hanpen, atsuage, dan ganmodoki.

Orang Jepun percaya bahawa oden berkhasiat dimakan kerana mempunyai nilai kalori yang rendah di samping dapat menahan perut daripada lapar sepanjang musim sejuk.

Ada oden segera di Malaysia iaitu Odeen CekYana. Jadi, hendak makan oden tidak perlu ke Jepun. Rasa sedap dan halal.

Pengasasnya berasal daripada Sabah iaitu Nur Diana Matusin atau mesra dengan panggilan Cek Yana. Jadi sebab itulah nama produk beliau Odeen Cekyana.

No comments:

Post a Comment