Thursday 11 January 2024

PANTAI KEMASIN LOKASI BERMAIN PAPAN LUNCUR DI KELANTAN

 
Pantai Kemasin di Bachok merupakan lokasi bermainpapan luncur di Kelantan. Masa terbaik untuk meluncur adalah pada bulan November, Disember dan Januari. Tiga bulan itu ombak lebih besar berbanding biasa ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup kencang.
 
Terdapat persatuan papan luncur ditubuh untuk menjadi medan peminatnya mengadakan aktiviti meluncur secara tersusun dan berorganisasi, serta mematuhi aspek keselamatan dan meningkatkan kemahiran ahlinya.
 
Persatuan tersebut dikenali Kemasin Surfing Club (KSC) yang dianggotai peminat papan luncur. Mereka menjadikan Pantai Kemasin sebagai lokasi melakukan aktiviti, selain kawasan lain yang sesuai.
 
Pantai Kemasin menjadi pilihan kerana kedudukan yang menghadap Laut China Selatan dengan ketinggian ombak yang besar setiap kali tempoh Monsun Timur Laut bertiup.
 
Monsun Timur Laut menghasilkan gelombang besar serta tiupan angin yang kuat sekaligus menghasilkan ombak 'cantik' dan ia merupakan waktu paling dinantikan ahli kelab.
 
Gambar - Shahuri Saidi / BERNAMA 

No comments:

Post a Comment