Saturday, 5 September 2026

KIMPAL PAIP AIR

 
Kimpal paip air. Perbuatan kimpal (welding) atau pengelasan ialah proses mencantumkan dua atau lebih bahagian logam dengan cara mencairkan bahagian tepinya menggunakan haba tinggi, kadangkala disertai tekanan, sebelum dibiarkan sejuk dan menyatu dengan kukuh.

Satu lagi proses kimpalan ialah melibatkan termoplastik. Termoplastik ialah sejenis plastik atau polimer yang menjadi lembut apabila dipanaskan dan keras semula apabila disejukkan.

Termasuk dalam kategori termoplastik ialah polivinil klorida (PVC) yang digunakan untuk membuat paip air yang pelbagai saiz.

Jika paip air bersaiz kecil yang digunakan di rumah, untuk menyambungkan boleh menggunakan penyambung khas.

Namun, jika yang berjejari besar seperti paip utama yang ditanam di tepi jalan, cara penyambungan adalah mengimpal dengan menggunakan teknik dan peralatan khas. 

No comments:

Post a Comment