Friday, 1 November 2019

Masjid Razaleigh mercu tanda Gua Musang

Gua Musang bakal memiliki sebuah masjid tercanggih dan bercirikan Masjidil Haram di Mekah. Masjid Razaleigh yang menelan belanja RM28 juta dibina sejak 2016 dijangka boleh digunakan tidak lama lagi.

Masjid Razaleigh yang bercirikan Masjidil Haram di Mekah termasuk disediakan ruangan kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf.

Masjid yang terletak di tapak bekas Balai Polis lama di bandar lama, bila dibuka nanti ia akan menjadi mercu tanda baharu bagi mengantikan masjid lama kerana kerap tenggelami banjir.

Masjid lama yang terletak tidak jauh dari situ dan ditepi Sungai Galas kerap ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh akhir tahun hingga banyak peralatan rosak dan perlu ditukar baharu.

Masjid Razaleigh turut dilengkapi dengan bilik mandi jenazah lelaki dan perempuan, bilik kuliah, pejabat imam, dewan makan dan ruang solat yang boleh memuatkan 3,500 jemaah pada satu-satu masa.

Pembinaan baharu termoden dan tercanggih itu supaya dapat memberi keselesaan bukan sahaja kepada jemaah daripada penduduk tempatan tetapi juga pengunjung dari luar.

Masjid yang berkeluasan 70,000 kaki persegi itu dibina daripada bahan berkualiti tinggi dan pemasangan jubin atas tapak seluas 1.5 hektar.

No comments:

Post a Comment