Taman Atas Langit. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya
Islam (MPKB-BRI) telah berjaya meraih naib johan Pertandingan Landskap sempena
Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 menerusi persembahan bertemakan "Taman
Atas Langit”.
Seperti edisi sebelum ini,12
pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kelantan terlibat membuat pameran
dan pertandingan landskap. Tahun ini, tema yang ditetapkan ialah “Laman
Fantasi”.
Kejayaan ini merupakan hasil cetusan kreativiti, komitmen
serta kerjasama berpasukan dalam menterjemahkan sebuah taman berkonsepkan
fantasi melalui gabungan elemen landskap lembut dan kejur, pencahayaan serta
elemen dekoratif yang membentuk suasana “Taman Atas Langit”.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk MPKB-BRI terus
menghasilkan landskap bandar yang kreatif dan berkualiti demi kesejahteraan
masyarakat.
Pesta Flora Negeri Kelantan 2026 berlangsung pada 24 hingga
27 September 2026 di Taman Perbandaran Tengku Anis, Tanjung Chat, Kota Bharu,
sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V Ke-57 Tahun
2026.
Kredit pemilik gambar



