Vitamin
C dianggap paling kerap disebut dan diingati oleh kebanyakan orang. Ini
membuktikan vitamin C amat penting dan diperlukan oleh badan. Untuk
membantu pengambilan vitamin C secara lebih teratur dan menepati keperluan,
adalah disarankan mengambil suplemen vitamin C.
Suplemen
vitamin C merupakan sejenis supplemen yang diambil dalam bentuk tablet. Teknik
suplemen ini amat mudah dan lebih menyenangkan kerana tablet tersebut boleh
diambil mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan kesihatan.
Kesan
kekurangan vitamin C akan menyebabkan badan menjadi cepat letih dan lemah serta
menimbulkan kesan sentiasa tertekan. Selain itu badan mudah diserang demam,
batuk dan selsema akibat kekurangan vitamin C. Ini kerana kekurangan vitamin C
menyebabkan antibodi yang lemah.
Kekurangan
vitamin C menyebabkan kulit kelihatan kering dan bersisik, tapak kaki keras dan
kasar. Wajah dan kulit lebih cepat nampak tua dari usia.
Kesan
lain akibat kekurangan vitamin C ialah individu berkenaan akan mengalami
sakit-sakit sendi, luka lambat sembut serta gigi kelihatan kuning terutama bagi
perokok.
Kapilari
atau salur darah juga akan cepat tersumbat jika mengalami masalah kekurangan vitamin
C.
Maka
itu, setiap orang perlu mengambil Vitamin C secukupnya.
Vitamin
C juga berperanan mencantikkan kulit. Kulit akan lebih cerah dan kurang
berlaku masalah kulit kering dengan pengambilan vitamin C secara berterusan.
Kebaikan
vitamin C juga dikenali sebagai antioksidan yang kuat yang berperanan
melawan penyakit. Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ianya didapati
bahawa vitamin C dengan ciri-ciri antioksida ini merupakan sebuah bahan dalam
membantu mematikan sel kanser.
Maka,
tidak hairan jika vitamin C dapat membantu mencegah kanser apabila mampu
meningkatkan interferon semulajadi atau daya ketahanan yang tinggi serta mampu
merangsang pengeluaran T-cell untuk melawan sel kanser dan membuang kimia
berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
Vitamin
C mampu meningkatkan sistem imun badan dengan membantu membina sel darah
merah dalam tubuh untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, mengukuhkan sistem
imun.
Satu
lagi kesan kebaikan mengambil vitamin C ialah membantu meningkatkan kesan
pemulihan, membantu dalam penghasilan kulit baru, alergi dan memudarkan
parut.
Vitamin
C juga dapat memperbaiki simpton pendarahan berkaitan masalah gusi berdarah,
kulit kasar, kulit ruam dan kulit kering.
Vitamin C membantu fikiran lebih tenang, kurang stress dan masalah mental seperti
keresahan.
Tidak
kurang penting peranan vitamin C ialah mengekalkan kolestrol sihat, membantu
megurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengahalang pendarah dalam hidung dan
kapilari dari darah.
Dengan kata lain, vitamin C diperlukan oleh semua golongan, terutama ibu
mengandung, ibu yang menyuskan bayi, kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas.
lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan, individu yang mempunyai masalah
resdung dan alahan kulit.
Vitamin
C juga dapat membantu mereka yang menghadapi masalah ketagih rokok.
Sesungguhnya,
pengambilan suplemen vitamin C dapat membantu mengatasi kekurangan vitamin C
dalam badan. Hal ini kerana banyak orang pada masa kini mempunyai masalah
kekurangan vitamin C dalam badan. Ini secara tidak langsung boleh mendatangkan
masalah kesihatan yang bahaya.
Oleh
itu, bagi membantu menangani masalah ini dengan lebih cepat ianya lebih baik
untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen bagi kesan yang lebih cepat.
Dapatkan vitamin C
Di Shopee

No comments:
Post a Comment