Antara
hutan lipur terkenal di Terengganu ialah Hutan Lipur Lata Tembakah yang
terletak di hutan simpan Pelagat, Besut. Jaraknya kira-kira 130 kilometer dari
Kuala Terengganu dan 24 kilometer dari bandar Jertih. Air Terjun Lata
Tembakah terletak berhampiran dengan Kg. Bukit Payong Besut.
Hutan Lipur Lata Tembakah semakin terkenal sebagai tempat istirahat. Suasana
hutan yang damai dan air terjun yang jernih menjadikan hutan lipur diminati
untuk dikunjungi. Jenis hutan di kawasan itu merupakan jenis hutan dipterokarpa
bukit.
Keindahan
Hutan Lipur Lata Tembakah sentiasa diperkatakan oleh mereka yang pernah
mengunjunginya. Keistimewaan Lata Tembakah dikaitkan dengan kawasan yang luas
dan jeram air terjun yang banyak.
Terdapat
tujuh tingkat air terjun di Lata Tembakah yang mana setiap satunya di lokasi
berlainan. Salah satu air terjun itu melimpahkan air dari ketinggian 100 meter.
Air
Terjun tingkat keempat adalah yang paling cantik dan tertinggi
sekali yang mana ketinggiannya dianggarkan sekitar 50 meter dan berpecah pada
tiga formasi terjunan sebelum jatuh ke kolam takungan. Untuk sampai ke tingkat keempat
anda perlu berjalan kaki sekitar 45 hingga 60 minit.
Hutan
lipur di bawah pengendalian Jabatan Hutan Terengganu itu berkeluasan 300
hektar. Kawasan itu dibuka dari lapan pagi hingga lima petang, kecuali mereka
yang mengindap di chelet dan berkhemah.
Pengunjung
tidak menghadapi kesukaran untuk bergerak dari satu tingkat air terjun ke
tingkat seterusnya. Laluan konkrit dan tangga disediakan untuk kemudahan
pengunjung.
Daripada
jambatan gantung di pintu masuk, untuk ke air terjun di tingkat 5, ia mengambil
masa lebih kurang 60 minit dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.
Manakala untuk ke
air terjun tingkat pertama, ia terletak lebih kurang 700 meter yang mengambil
masa kira-kira 20 minit berjalan kaki.
Di
sepanjang laluan konkrit dibina tempat rehat terbuka, tempat rehat berbumbung,
tempat menukar pakaian, tapak BBQ dan tandas. Pengunjung boleh memilih tempat
yang sesuai tanpa perlu berjalan jauh.
Perjalanan
ke tingkat enam dan tujuh memerlukan pengunjung menggunakan denia laluan khas
mengikut arah yang disediakan, iaitu satu lencongan bermula dari tapak
perkhemahan.
Bagaimanapun, ada pengunjung yang meneruskan perjalanan terus ke
air terjun tingkat lima dan melalui lereng curan untuk ke air terjun tingkat
enam dan tujuh.
Selain
keistimewaan mempunyai banyak air terjun yang sudah tentunya memberi banyak
pilihan kepada pengunjung, aliran sungai yang panjang memberi pilihan kepada
pengunjung untuk beristirahat di kawasan yang disukai.
Kebanyakan keluarga yang berkunjung bersama-sama anak kecil memilih tempat yang
lebih selamat seperti tempat yang tidak curam dan air yang cetek.
Sesiapa
sahaja yang datang ke Lata Tembakah pasti akan merasai kepuasan. Ramai
mengakui apa yang dirasai di Lata Tembakah sukar ditandingi di tempat-tempat
lain.
Lata
Tembakah terletak di dalam hutan lipur, oleh itu terdapat banyak khazanah alam
samada pokok-pokok hutan yang bernilai tinggi mahupun koleksi pokok-pokok herba
yang mempunyai khasiat tersendiri disekelilingnya.
Kawasan
ini mula dimajukan sekitar tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung
dari dalam dan luar negeri disebabkan oleh beberapa keistimewaan yang terdapat
di sini.
Hutan
lipur yang masih suci daripada pembangunan ini menyajikan keindahan flora dan
fauna menakjubkan. Desiran air terjun disulami kicauan pelbagai unggas
memberikan pemandangan sungguh mendamaikan dan mampu mengajak pencinta alam
pemikir yang mahu mentafsir kejadian ciptaan Yang Maha Esa.
Kehijauan
landskap semula jadinya sudah lama menambat hati pengunjung yang sering
menjadikan hutan lipur ini sebagai lokasi riadah bersama rakan atau keluarga
pada hujung minggu. Kedinginan airnya membuatkan pengunjung tidak puas mandi,
apatah lagi apabila dikelilingi panorama air terjun.
Di
sini terdapat chalet yang didirikan oleh kerajaan negeri Terengganu dan
seliakan oleh jabatan perhutanan negeri terengganu, dan terdapat pelbagai
kemudahan lain yang di sediakan oleh kerajaan negeri seperti surau, taman
permainan kanak kanak kedai makan,tapak perkhemahan tandas awan bilik
persalinan dan sebagainya.
Jika
anda ingin datang ke sini dan bermalam di sini sila rujuk pada pegawai jabatan
perhutanan negeri untuk urusan sewaan bilik dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment