Adab
dalam perhubungan, bukan semua orang mahu berkerjasama dan membantu kita. Itu
perkara biasa.
Kita
tidak perlu berasa kecewa apabila orang tidak mahu bersama dengan kita. Itu
bukan bermakna kita seorang yang tidak baik atau mereka benci kepada kita.
Sebab
orang mempunyai sebab-sebab mengapa mereka mahu atau tidak mahu berkerjsama
dengan kita. Sebab-sebab itu mungkin tidak kena mengena langsung dengan diri kita.
Kita
move on. Jangan serik. Teruskan mencari orang yang mahu bersama dengan kita.
Cari sampai jumpa orang itu. Ketika kita mencari, sebenarnya ada orang lain
juga sedang mencari untuk menjadikan kita teman. Hanya belum bertemu dengan
kita.
Kita
mencari titik persamaan dan bukannya perbezaan. Tetapi, pada masa sama kita
perlu mencari yang berlainan dengan kita untuk saling melangkapkan. Hidup ini Allah
ciptakan secara berpasang-pasangan.
No comments:
Post a Comment