Kalau
beli dari teman harusnya bayarlah harga normal. Harga yang dijual kepada orang
lain juga. Malah kalau boleh dibayar dengan harga lebih. Ini baru namanya
membantu teman.
Malangnya,
keadaan sebaliknya berlaku. Bila kawan sendiri berniaga, tak lekang di mulut:
- Tak dapat kurang ke?
- Tak dapat kurang ke?
-
Mahalnya...
- Takde harga member ke?
- Belanja lah postage.
- Bagilah aku free... ala dengan aku pun nak berkira.
- Takde harga member ke?
- Belanja lah postage.
- Bagilah aku free... ala dengan aku pun nak berkira.
Itu
nasib baik beli juga. Tidak kisahlah kata-kata negatif tu... yang
penting membeli untuk membantu saudara mara, kawan sekampung, rakan sekerja dan
jiran.
Malangnya,
ada pula nak lalu kedai kawan pun tak selera. Nak like status business
kawan-kawan pun berat jari tak sudi.
Jangan
rendah-rendahkan bila kawan berniaga. Kalau ada yang tak kena, tegur dan bagi
nasihat membina.
Rasanya
ramai yang berniaga bukan untuk kumpul kekayaan tapi untuk survival . Tau tak,
kadang-kadang duit untung niaga RM5 sahaja satu barang. Itulah satu-satunya
tambahan pendapatan beli susu, pampers anak, bayar rumah, kereta dan lain-lain.
Kalau
tidak mahu membeli, jangan duk perli aje. Sebaliknya doakan dan tolong
war-warkan mengenai pernigaan itu.
Apa
kata kita mulai kempen Jom membeli produk teman. Kita membeli harga biasa atau
membayar melebihi harga biasa kepada orang lain. Ayuh bantu teman bisnes kita
.
No comments:
Post a Comment