Thursday, 12 January 2023

TANAM CENDAWAN KAEDAH BONGKAH

  
Penanaman cendawan adalah salah satu perusahaan yang dijalankan oleh para petani di Malaysia. Beberapa faktor utama yang telah mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini ialah keuntungan yang tinggi dalam masa yang pendek. 

Potensi pemasaran yang baik disebabkan permintaan yang tinggi untuk penggemarnya yang sedar bahawa cendawan mengandungi nutrien pemakanan yang baik.
 
Di Malaysia, terdapat tujuh jenis cendawan yang ditanam iaitu cendawan tiram kelabu, cendawan tiram putih, cendawan abalon, cendawan shitake, cendawan telinga kera, cendawan jerami padi dan cendawan butang.
 
Pun begitu, cendawan yang paling popular ditanam ialah cendawan tiram kelabu dan cendawan tiram putih.
 
Untuk permulaan, mereka ingin mencuba menanam cendawan boleh membeli bongkah cendawan daripada pengusaha cendawan. Pengusaha cendawan biasanya akan memberi tunjuk ajar atau panduan untuk pembeli bongkah bagaimana cara perlu dilakukan.

Dapatkan bongkah cendawan   
               
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/6Kz2KId3R2?

No comments:

Post a Comment