Penubuhan Markas Briged Sempadan dan Batalion Rejimen Sempadan telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera ke 466 yang bersidang pada 29 Januari 2008. Penubuhan rasminya telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan pada 9 Februari 2008 di Kem Batu Sebelas, Tanah Merah, Kelantan.
Penubuhan Rejimen Sempadan adalah seiring
dengan mandat untuk kawal selia jawatan dan penukaran status Batalion Infantri
Siri 300 AW kepada Batalion Rejimen Sempadan serta penubuhan Briged Sempadan
supaya mempunyai organisasi tersendiri.
Nukleus Markas 30 Rejimen Sempadan telah ditubuhkan pada 1 September 2006 bertempat di Kem Batu Feringgi, Pulau Pinang. Pada 29 Mac 2007, nukleus ini telah berpindah ke Kem Bukit Keteri, Kangar, Perlis.

Pada 12 Januari 2008, designasi Kumpulan
Nukleus Markas 30 Rejimen Sempadan ini telah ditukarkan menjadi Markas Briged
Sempadan sejajar dengan proses penyerapan Batalion Infantri Siri 300 AW ke
Angkatan Tetap. Markas ini telah diistiharkan memegang status operasi oleh
Panglima Tentera Darat pada 25 Julai 2008
Tanggal 25 Julai 2008, bertempat di Kem
Oran, Kangar, Perlis, satu lagi istiadat berlangsung iaitu pengistiharan Status
Operasi Markas Briged Sempadan (MK BS). Upacara pengistiharan ini telah di
sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Seri Muhammad Ismail bin
Haji Jamaluddin.
Majlis bermula dengan Istiadat Perbarisan
yang terdiri daripada 8 Pegawai dan 151 anggota Lain-Lain Pangkat. Majlis ini
turut dihadiri oleh Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Raja
Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima 2 Division, Mejar Jeneral Dato’
Mohd Noor bin Daud dan Panglima-panglima Formasi, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai
dan anggota.Upacara dimulakan dengan menandatangani Sijil Serah Terima Batalion
Rejimen Sempadan daripada Briged Kedua Infantri, Briged Keenam Infantri dan
Briged Kelapan Infantri kepada Briged Sempadan.
Panglima 2 Briged, Brig Jen Dato' Zulkifli bin
Mansur menyerahkan Batalion Ketiga Rejimen Sempadan dan Batalion Keempat
Rejimen Sempadan kepada Kolonel Adnan bin Ariffin selaku Pemangku Panglima
Briged Sempadan.
Panglima 6 Briged, Brig Jen Dato’ Fadzil
bin Mokhtar menyerahkan Batalion Kelima Rejimen Sempadan kepada Pemangku
Panglima Briged Sempadan.
Panglima 8 Briged, Brig Jen Azizan bin Mat
Delin menyerahkan Batalion Pertama dan Batalion Kedua Rejimen Sempadan kepada
Pemangku Panglima Briged Sempadan.
Upacara menaikkan bendera Briged Sempadan
diikuti bendera Batalion-batalion Rejimen Sempadan sebagai simbolik kepada
penerimaan Batalion-batalion Rejimen Sempadan di bawah pemerintahan Briged
Sempadan
Upacara menandatangani Plaque Pelancaran
Briged Sempadan oleh Panglima Tentera Darat sebagai acara kemuncak.
TDM mengekalkan kesinambungan kesejahteraan
ini berganding bahu dengan ikrar bagi menjamin untuk mempertahankan keamanan
dan kedaulatan supaya kualiti hidup rakyat kekal kondusif dan makmur.Komitmen
berterusan TD, sebagai benteng dan tulang belakang pertahanan negara dengan
meneruskan misi order of battle nya telah mengorak langkah dengan
Pengaktifan status operasi Briged Sempadan
dengan menurunkan kuasa untuk melaksanakan peranan dan tugasnya sebagai sebuah
ketumbukan bagi menjamin keselamatan di kawasan sempadan darat negara.
Sebagai sebuah briged yang berstatus
operasi, dengan ini Briged Sempadan diberi keupayaan oleh TDM untuk merancang,
melaksanakan operasi dan latihan serta mentadbir dan juga mengurus keperluan
logistik sesuai dengan peranan dan tugasnya.
Batalion-batalion Rejimen Sempadan yang diletakkan di bawah perintah operasi Briged-briged Infantri sebelum ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Briged Sempadan. Ini bermakna Batalion-batalion Rejimen Sempadan ini akan melaksanakan tugas menjaga keselamatan sempadan daratan negara dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat TDM untuk mempunyai satu pasukan keselamatan sempadan yang lebih khusus, fokus dan teratur.

Cabaran ini akan berhasil hanya dengan
perancangan yang komprehensif serta dizahirkan perlaksanaannya dengan penuh
komitmen oleh semua peringkat. Walaubagaimanapun, saluran pemerintahan Briged
Sempadan kekal di bawah Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia yang
berpangkalan di Pulau Pinang.
Meninjau kepada senario keselamatan dewasa ini telah menunjukkan indek jenayah yang semakin meningkat menjadikan usaha dan perancangan ini sangat relevan, tepat pada masanya dan harus disegerakan. Makanisma atau kaedah teknologi masa kini sebagai alat bantu dan nilai tambah kepada keupayaan pengawalan dijangka akan memberi impak yang lebih besar ke arah keberkesanan.
Langkah pengoperasian Rejimen ini juga dirancang untuk dilaksanakan di sempadan negara di Malaysia Timur. Ini selaras dengan usaha kerajaan yang sedang merancang untuk mengusir dan ‘membersihkan’ Pendatang Tanpa Izin (PTI) dari bumi Sabah dan menentukan sedaya mungkin kemasukan kembali mereka melalui sempadan darat tidak berlaku lagi.

Kemakmuran yang sedang dinikmati hari ini
adalah hasil usaha dan jerih payah generasi dahulu. Dengan usaha-usaha
berterusan, maka rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan selesa.
Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-530 yang
bersidang pada 6 Jan 2014 telah meluluskan penukaran designasi MK Bgd Sempadan
kepada MK Bgd Ke 30 Inf bagi memartabatkan imej Rej Sempadan.
Selain daripada itu, penubuhan briged ini tidak
terbatas untuk menjaga persempadanan negara sahaja malah berkeupayaan untuk
diaturgerakkan dalam sebarang jenis misi yang kelazimannya dilaksanakan oleh briged-briged
infantri yang lain. Arahan tersebut berkuat kuasa 6 Jan 2014.
No comments:
Post a Comment