Monday, 7 July 2025

SAHABAT PENGGERAK MADANI LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT

 
Seramai 16 orang wakil Sahabat Penggerak Madani (SPM) Negeri Kelantan mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Akademi Kenegaran Malaysia (AKM) Cawangan Kelantan, Zuryati binti Zakaria di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Pasir Mas.
 
Majlis kunjungan hormat tersebut dilakukan sebagai sesi memperkenalkan SPM yang telah ditauliahkan untuk bersama-sama membantu AKM dalam melaksanakan program-program kenegaraan, khususnya menyebar luas kefahaman dan penghayatan Malaysia Madani kepada rakyat.
 
Melalui pertemuan tersebut, SPM mendapat maklumat mengenai perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan AKM Cawangan Kelantan dalam tempoh masa terdekat. Program tersebut bakal melibatkan SPM untuk membantu menjayakannya.
 
Pada pertemuan itu juga, beberapa cadangan dikemukakan SPM untuk melaksanakan program melibatkan komuniti masyarkat.
 
Pada masa sama, Zuryati menjelaskan tatacara pengendalian program agar menepati matlamat dan garis panduan yang ditetapkan oleh AKM.
 
Pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam setengah itu memberi banyak maklumat kepada SPM berkaitan AKM, termasuk mengenai PLK Pasir Mas berkaitan kemudahan yang disediakan serta perancangan pembangunan untuk jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment