Pokok sarek (Amorphophallus
paeoniifolius) adalah jenis pokok bermusim, biasanya ia akan tumbuh selepas musim
hujan dan akan mati bila sampai masanya. Ia hidup subur di kawasan lembab dan
redup.
Ketinggian pokok sarek boleh
mencapai sehingga 1.5 meter. Daunnya berbentuk jejari di bahagian atas dan
tidak gugur.
Daunnya akan layu dan mati
sekali dengan batangnya, membiarkan ubi membesar di bahagian dalam tanah.
Ubinya besar bertekstur seperti isi keladi.
Ubinya boleh dijadikan
pengat, tetapi perlu direbus ekurang-kurangnya dua kali untuk mengeluarkan
"racun".
Air rebusan pertama perlu
dibuang dan ditambah air baru sebelum dijadikan pengat atau dimakan kosong.


No comments:
Post a Comment