Wednesday, 25 June 2025

HAK AHLI PAS PILIH PEMIMPIN PARTI

 
PAS masih memerlukan Tan Sri Abdul Hadi Awang mengetuai parti itu sebagai presiden. 
 
Bukan pemimpin dan ahli PAS tidak perlu campur tangan urusan menentukan siapa yang perlu menjadi presiden PAS. Kalau sibuk pun bukannya boleh menentukan siapa yang layak atau menang pada pemilihan nanti.
 
Biarkan pemimpin dan ahli PAS sendiri tentukan siapa akan menjadi presiden mereka. Bagi pemimpin dan ahli PAS, tiada isu sangat mengenai kesihatan Hadi. 
 
Rata-rata pemimpin dan ahli PAS berpendapat bahawa pandangan, idea dan kepemimpinan Hadi masih diperlukan oleh parti di sebalik kejayaan PAS yang disifatkan paling cemerlang di bawah kepemimpinan beliau termasuk menawan 34 kerusi Parlimen selain mentadbir beberapa negeri pada PRU Ke-15.
 
Mengikut fahaman mereka yang masih ingin Hadi kekal ialah dalam kepemimpinan, bukan hendak berlawan fizikal, tetapi idea pemikiran, pengurusan dan sebagainya. Itu yang penting dan mereka yakin Hadi masih mampu.
 
Mereka menegaskan parti itu masih memerlukan kepimpinan dan buah fikiran Hadi supaya dapat memberi semangat kepada ahli untuk meneruskan gerak kerja parti. Jadi, tidak timbul Hadi perlu undur diri.
 
Kepimpinan dalam parti terdiri daripada pelbagai peringkat bermula dari cawangan, kawasan, negeri dan pusat mengikut pembahagian gerak kerja.
 
Jadi, sesiapa yang bukan ahli PAS tidak perlu sibuk tentang siapa yang menjadi presiden PAS. Biarkan kepada ahli PAS tentukan sendiri.

No comments:

Post a Comment