Mahabbah dalam bahasa Arab bermaksud kasih sayang atau
cinta yang mendalam. Dalam konteks Islam, mahabbah merujuk kepada
kecintaan yang mendalam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Mahabbah juga boleh merujuk kepada kecintaan kepada sesama
manusia, terutamanya kepada keluarga, sahabat, dan orang-orang yang beriman.
Dengan kata lain, mahabbah meliputi manusia kepada Allah
SWT, Rasulullah SAW dan sesama manusia.
Mahabbah boleh berlaku melalui beberapa cara iaitu ucapan,
percakapan, hati, niat dan perbuatan. Mahabbah berpandukan niat yang baik,
ucapan zikir kepada Allah SWT diikuti dengan perbuatan baik akan mendapat reda
daripada Allah SWT.
Kasih sayang sesama manusia akan membuahkan mahabbah yang
boleh memandu dan membimbing mereka ke arah kebahagiaan dunia serta akhirat.
Sebagai seorang Muslim, apa sahaja perbuatan, aktiviti atau
amalan dalam kehidupan seharian haruslah mendapat keredaan di dunia dan
akhirat.
Adalah mustahil wujudnya akhirat tanpa kehidupan dunia
terlebih dahulu dan tidak bererti kehidupan dunia sekiranya tidak mengambil
kira kehidupan di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment