Wednesday, 25 March 2026

POKOK TAL ATAI SIWALAN

 
Pokok tal sejenis pokok palma. Nama lain pokok tal ialah pokok kelapa laut. Di Kelantan ada nama Kampung Tal Tujuh. Pokok tal juga dipanggil pokok siwalan, pokok tah dan pokok tai. Di Indonesia, pokok tal dipanggal pokok lontar.

Lambang atau logo Dewan Bahasa dan Pustaka adalah menggunakan gambar pohon lontar yang pada masa dahulu dijadikan kertas tulis. 

Daun tal lebih keras berbanding daun kelapa. Jadi, daun tal biasa dijadikan sebagai pelidah serunai. Pelidah juga dipanggil pipit atau lidah serunai. 

Daun tal juga dijadikan lingkaran atau sarang gula melaka, gula kabung atau gula melaka menjadi leper dan bulat.  

Pokok tal merupakan sejenis tumbuhan mempunyai satu batang yang tumbuh menegak tanpa cabang setinggi 10-30 meter. Pokok tal mempunyai batang berbentuk selinder yang lebih besar daripada batang kelapa. 

Buah tal berwarna kehitam-hitaman. Isi buah tal enak dimakan. Isi buah tal rasanya hampir sama dengan isi kelapa muda tapi teksturnya lebih kenyal. 

Selain dimakan segar, isinya boleh dijadikan jus. Hiris isi tal nipis-nipis dan masak bersama dan gula. Boleh dicampur madu dan ais untuk menambahkan lagi keenakan rasanya.

Seperti pokok palma lain, pokok tal juga mengeluarkan air tuak atau air nira. Dari air nira tal boleh dibuat manisan atau dipanggil nise tal atau gula tal.


No comments:

Post a Comment