Monday, 6 November 2023

LEBAH KELULUT BOLEH DITERNAH DI KAWASAN RUMAH

 
Menternak lebah kelulut tidak sukar. Tidak perlu kawasan khusus. Pun begitu, satu kelebihan jika tinggal di kawasan kebun atau kampung yang mempunyai banyak pokok buah-buahan dan bunga hutan.
 
Ada yang menternak lebah hanya di kawasan laman rumah. Cukuplah dengan beberapa rumah kelulut sahaja. Boleh diletakkan di anjung rumah atau mana-mana yang difikirkan sesuai.
 
Rumah kelulut atau sarang kelulut boleh dicari di hutan. Atau, lebih mudah beli sahaja dengan pembekal. 
 
Sarang lebah kelulut diletak tempat sesuai. Depan pintu rumah pun boleh. Tidak perlu dijaga atau diberi makan. 

Kelulut akan keluar mencari makan sendiri dan membawa balik madu. Sarang kelulut tidak perlu dibersihkan. Tidak ada najis dihasilkan yang perlu dibuang atau dibersihkan. Lebah kelulut tidak menyegat dan tidak membahayakan.
 
Hasil madu kelulut yang boleh dikatakan setiap hari mampu disedut daripada sarang, bergantung kepada bunga tanaman di sekitar. 

Lebah kelulut paling suka bunga durian atau rambutan. Kalau musim kedua-dua tanaman itu berbungga, maka banyak hasil yang dikeluarkan lebah kelulut.
 
Durian dan rambutan ada musim berbunga. Tidak berbunga sepanjang tahun. Jadi, sebagai usaha untuk menyediakan makanan sepanjang tahun kepada lebah kelulut ialah dengan menanam pokok bunga. 

Antara bunga yang paling sesuai ialah pokok bunga air mata pengantin. Pokok ini berbunga sepanjang tahun an banyak mengeluarkan bunga.
 
Pokok bunga air mata pengantin mudah ditanam. Mudah membiak dan mengeluarkan bunga. Bungan cantik dan boleh dijadikan pokok hiasan.
 

Pokok bunga air mata pengantin

No comments:

Post a Comment