Wednesday, 1 November 2023

PUNCA BERLAKU SERANGAN STROK

 
Penyakit stroke terjadinya akibat penyumbatan, penyempitan, atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak. Akibatnya, pengaliran darah dan oksigen ke otak menurun dan menyebabkan sel-sel saraf otak menjadi mati.
 
Strok dapat menyebabkan kematian, juga menyebabkan kerorakan otak kekal sehingga penderitanya mengalami kelumpuhan. Strok dikategorikan dalam keadaan bahaya parah yang perlu ditangani dengan segera. Sebab, sel-sel otak dapat mati hanya dalam jangka masa beberapa minit.
 
Persatuan Strok Amerika Syarikat mencatatkan bahawa strok menjadi punca kelima kematian di negara berkenaan. Strok juga menjadi penyebab utama kecacatan.
 
Setiap tahun lebih 40,000 orang penduduk Malaysia diserang strok. Pada tahun 2021 seramai 10,221 penduduk di negara kita meninggal akibat strok. Manakala lebih 50 peratus mereka yang diserang strok mengalami gejala yang kekal seperti lumpuh.
 
Terdapat empat punca berlaku strok:
 
Strok perdarahan - Penyebabnya adalah keluarnya darah dari pembuluh darah pecah. Strok perdarahan dapat menyebabkan iritasi dan pembengkakan yang menyebabkan kerosakan otak. Keadaan itu berpunca tekanan darah tinggi atau benjolan di pembuluh arteri yang melebar dan pecah.
 
Strok iskemik - Jenis strok ini merupakan yang paling sering terjadi di dunia atau kira-kira  87 peratus. Strok iskemik disebabkan adanya gumpalan darah yang menghalangi penyaluran darah ke otak.
 
Gumpalan darah ini berlaku disebabkan tumpukan lemak pada bahagian dalam dinding pembuluh darah. Bahagian tersebut menyumbat pembuluh darah.
 
Stroke ringan – Berlaku disebabkan berlaku tersekat aliran pembuluh darah di otak yang terjadi selama kurang dari lima minit. Biarpun, kesannya sementara, strok ringan oleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat segera.
 
Strok batang otak - Strok jenis ini berlaku disebabkan adanya penyumbatan atau perdarahan. Penyebab strok batang otak yang sering berlaku akibat cedera pada pembuluh darah akibat pergerakan kepala dan leher secara mendadak.
 
Gejala-gejala Strok
Gejala strok terjadi tiba-tiba dan menyerang satu bahagian tubuh. Gejala itu kemudian memburuk dalam waktu 24 hingga 72 jam.
 
Gejala strok yang mudah dikenali adalah sebagai berikut:
- Wajah, salah satu sisinya kelihatan menurun, tidak mampu tersenyum kerana mulut atau mata terkulai.
- Lemas atau mati rasa ketika mengangkat salah satu lengan.
- Percakap tidak jelas atau tidak dapat bercakap walaupun dalam keadaan sedar
- Berasa mual dan muntah.
- Sakit kepala hebat secara tiba-tiba, disertai kaku pada leher .
- Sukar menelan .
- Gangguan keseimbangan dan koordinasi.
- Penglihatan hilang secara tiba-tiba
 
Penyebab stroke
- Tekanan darah tinggi
- Merokok
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Kegemukan atau Obesitas
- Penggunaan ubat tertentu
- Usia
- Keturunan
- Gangguan tidur
 
Strok boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Strok juga boleh dirawat jika pesakit datang dengan segera ke hospital apabila mengalami gejala-gejala serangan strok.
 
Bersama-sama kita memerangi penyakit strok.


No comments:

Post a Comment