Kelulut atau lebah kelulut (Trigona
spp) dikategori sebagai lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti
lebah madu (Apis sp.) Terdapat hampir 500 spesis lebah kelulut di seluruh dunia
di antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis,
Trigona thorasica, Trigona itama dan banyak lagi.
Lebah kelulut boleh diternak
daripada koloni liar. Penternakan lebah kelulut digelar
sebagai meliponikultur.
Terdapat pelbagai kaedah
penternakan kelulut mengikut kesesuaian koloni kelulut serta faktor setempat.
Namun kaedah penternakan menggunakan ‘haif topping’ dan ‘kotak haif’ adalah
yang paling popular di Malaysia.
Kaedah haif topping diaplikasikan dengan memotong tunggul kayu atau batang kayu
yang dihuni oleh koloni kelulut secara semula jadi dan diletakkan kotak kayu di
atasnya. Kaedah ini sangat sesuai untuk kawasan yang panas kerana koloni
kelulut masih berada dalam situasi asal dalam kayu. Bagaimana pun penternak
hanya dapat menuai madu sahaja berbanding teknik kotak haif.
Bagi kotak haif pula, pengusaha mampu menuai bukan sahaja madu kelulut malah
mampu menuai roti lebah (beebread) serta propolis. Namun kaedah memindahkan
koloni dari tunggul kayu ke kotak haif memerlukan kemahiran agar telur dan
sarang kelulut tidak rosak semasa proses pemindahan dilakukan.
Madu lebah kelulut mampu membekalkan tenaga, merawat luka dan ulser,
merawat kerosakan fungsi ginjal, membantu menguatkan tulang belakang dan menstabilkan
tekanan darah serta glukos dalam darah.
Lebah kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis,
yang berfungsi sebagai antibakteria, antifungus dan antivirus.
Propolis juga
dilaporkan mampu mengawal dan menstabilkan penyakit kencing manis, strok,
kanser, hipertensi dan ginjal jika diamalkan secara berterusan.
Madu kelulut berwarna coklat gelap dan rasanya masam sedikit jika
dibanding dengan madu lebah.
Selain mengeluarkan madu, lebah kelulut juga berperanan penting sebagai agen
pendebungaan bagi kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Pendebungaan yang dilakukan oleh kelulut mampu meningkatkan hampir 40 peratus
hasil pertanian.
Antara bunga tanaman yang digemari adalah bunga belimbing, bunga pokok air mata
pengantin, bunga selasih, bunga biden, markisa, bunga pokok jam sepuluh, ulam
raja dan lain-lain.
Pemberian makanan gantian seperti rambutan, duku, dokong, longan serta pisang
boleh membantu lebah kelulut ketika kekurangan makanan terutama pada musim
hujan yang berpanjangan.
Buah buah betik dan tembikai serta pisang yang cukup ranum,
pisang salai serta bunga pisang yang gugur juga merupakan makanan gantian
kegemaran kelulut.
Selain penternakan secara komesil, penternakan kelulut boleh dijalankan sebagai aktiviti sampingan atau hobi yang mampu menjana
pendapatan sampingan. Aktiviti penternakan lebah kelulut juga
merupakan terapi yang mampu menghilangkan stress kerja.
Potensi pasaran yang baik akan dapat menyuntik minat banyak pihak untuk
terbabit dalam industri penternakan lebah kelulut walaupun ia adalah bidang
baru dan masih banyak yang perlu diterokai dan dipelajari mengenainya.
Dapatkan madu kelulut
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/3qHdKhNmEb?

No comments:
Post a Comment