Rasa
buah yang sedap, biarpun namanya menggelikan. Bentuk
buah yang berkerutu menyebabkan ia dipanggil buah katak puru.
Katak
puru merupakan sejenis pokok kecil yang juga dikenali dengan nama nam nam. Pada
masa dahulu, pokok katak puru merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan
laman.
Buah
katak puru selain dikenali buah nam nam, juga dikenali buah kopi anjing, buah
hima, buah namau-namu, amphawa dan nang-ai. Nama botani pokok katak puru ialah cynometra cauliflora.
Khasiat buah ini mampu merawat
penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
Rasa buah kata puru unik. Sebab itu, banyak menggemarinya. Walaupun
bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang
biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur.
Pokok katak puru ditanam menggunakan biji. Ia sesuai ditanam di kawasan tanah lembab bersaliran
baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur.
Buah
katak puru bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm). Buah yang masak
dikenali dengan warnanya berubah seakan kuning dan buahnya 'kembang penuh'.
Bijinya pula berbentuk leper boleh dibelah dua.
Buah
katak puru keluar di bahagian batang, termasuk di pangkal pokok. Ada yang
keluar betul-betul di atas tanah. Buahnya akan keluar di tempat sama
dengan yang sebelumnya. Sebab itu, di bahagian itu akan terbentuk macam
bonggol tempat keluar buah.
Bagi pokok yang subur, buahnya keluar hingga ke dahan bahan atas, tetapi
jumlahnya tidak banyak. Jadi, tidak timbul istilah panjat pokok katak puru
untuk mengambil buahnya, melainkan pokok itu betul-betul tinggi.
Buah katak puru sedap kalau makan dicicih dengan kicap dicampur dengan gula dan
garam. Elok juga dimasukkan belacan dan lada cili api.
Kicap
juga boleh diganti dengan cuka. Tidak kisahlah cuka tiruan, cuka nipah
atau cuka kelapa. Kalau tidak ada semua itu, boleh dimakan dengan garam
atau makan kosong sahaja.
Ada
juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah
katak puru.
Buah
katak puru boleh juga dicampur dengan buah-buah lain untuk dijadikan
rojak.
Malah,
bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan
jus.
Di kalangan masyarakat Melayu, antara khasiat buah katak puru dikatakan mampu
untuk merawat kencing manis, darah dan penyakit buah pinggang.
Selain
buahnya, pucuk dan daun katak puru juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan
kesihatan.
Pucuk
katak puru boleh dijadikan ulam dimakan bersama nasi. Rasanya agak kelat
yang menyebabkan ia sesuai untuk mengubat kencing manis dan darah tinggi.
Daun
tua pula boleh dikeringkan dan dijadikan ramuan teh. Ia dipercayai dapat
merawat batu karang.
Elok
kita perbanyakkan menanam pokok katak puru sama ada sebagai pokok hiasan atau
untuk mendapatkan buahnya.
Dapatkan buah katak puru / buah nam-nam
Di Shopee




No comments:
Post a Comment