Saturday, 6 November 2021

KLINIK KESIHATAN PENAMBANG, JALAN PANTAI CAHAYA BULAN

  
Penduduk di Kampung Penambang, Kampung Tikat, Kampung Banggol, Kampung Cina, Kampung Redang, Kampung Bunga Emas, Kampung Sungai Keladi, Kampung Atas Paloh dan kawasan sekitarnya mendapat kemudahan kesihatan lebih selesa dengan siapnya bangunan baharu Klinik Kesihatan Penambang. 
 
Klinik Kesihatan Penambang yang dimulakan pembinaan pada 11 Disember 2017, siapa sepenuhnya pada 28 April 2021, membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM24.874 juta telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 06 November 2021. 
 
Dengan perasmian tersebut, Klinik Kesihatan Penambang yang sebelum ini beropersi di bangunan rumah kedai sejak lebih 20 tahun lalu, akan memberikan keselesaan kepada petugas kesihatan dan pesakit. 
 
Perkhidmatan disediakan merangkumi perkhidmatan Bahagian Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak, Kecemasan, Pergigian, Pentadbiran dan Pengurusan. 
 
Unit sokongan pula meliputi Unit Makmal, Unit Farmasi, Unit Penulian Cara Kerja, Unit Pemulihan Anggota, Unit Perkhidmatan X-Ray dan Unit BAKAS. 
 
Kawasan bangunan baharu lebih luas dan mempunyai lebih ruang tempat letak kenderaan. 
 
Tapak bangunan dan kawasan sekitar juga telah ditambak lebih tinggi dan bebas banjir. 
 
Kawasan Kampung Penambang kerap dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh, termasuk tapak lama. 
 
Gambar atas oleh: Nik Abdullah Nik Omar 
 

 
 
 

No comments:

Post a Comment