Keimanan
yang kuat akan membuah hasil bukan sahaja dari segi rohani bahkan dari segi
fizikal. Tahap kerohanian yang tinggi akan melindungi manusia dari
penyakit-penyakit hati yang memperkuatkan pertahanan badan.
Menurut
al-Qudah (1987) terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa status
psikologi dan spiritual memberi kesan penyembuhan kepada beberapa penyakit
organik.
Jadi,
jiwa yang kental tidak mudah menyerah kalah kepada penyakit amat penting.
Selain melakukan rawatan perubatan, rawatan jiwa dan rohani juga dapat
membantu.
Sikap
reda terhadap ketentuan dan ujian Allah seharusnya dibuktikan dengan semangat
yang kuat untuk menghadapinya. Jangan mudah menyerah kalah dan hanya ingatkan
mati atau melayan dengan perasaan lemah.
Mati
itu pasti, tetapi berjuang untuk hidup lebih baik adalah satu amanah yang perlu
ditunaikan.
Banyak
kes pengidap penyakit berbahaya yang dekat kepada ajal, mampu bertahan lebih lama
dan ada yang mengalami keajaiban penyakitnya sembuh disebabkan semangat positif
di dalam diri.
Semangat
yang tinggi untuk sembuh akan menggalakkan sesetengah sel tubuh menjadi aktif
untuk melawan penyakit. Manakala, sel yang membawa kepada penyakit seperti sel
kanser pula akan menjadi lemah dan hilang.
No comments:
Post a Comment