Tuesday, 10 September 2024

KHASIAT POKOK RAJA SATONG

 
Raja satong sejenis herba yang ditemui di kawasan hutan, menumpang di atas pokok yang tinggi. Memang sukar untuk mendapatnya kerana jumlahnya tidak banyak dan perlu memanjat pokok tinggi.
 
Kalau ada benih pokok satong boleh ditanam dengan cara meletakkan di batang pokok yang diikat bersama sabut kelapa. Kawasan mesti redup dan terlindung daripada cahaya matahari sepertimana keadaan di hutan tebal. Agak bernasib baik jika ia tumbuh elok setelah dipindahkan dari tempat asal.
 
Raja satong dijadikan herba untuk merawat penyakit barah dan bisul. Kini ada pengusaha yang memproses raja satong dimasukkan ke dalam kapsul untuk mudah ditelan. Selain itu ada juga yang diproses menjadi jus.
 
Mengikut pengamal perubatan tradisional, raja satong dikatakan banyak jenis. Setiap satunya mempunyai perbezaan daripada segi khasiatnya. Perbezaan dapat dikenali melalui bentuk ubinya.
 
Memandangkan ada perbezaan tahap khasiat dan bagaimana mendapatnya, harga setiap jenis raja satong berbeza-beza. Ada raja satong hanya dijual sekitar RM10 sekilogaram dan ada yang mencecah RM300 sekilogram. Jadi, untuk mengenalinya perlulah dirujuk kepada mereka yang pakar.
 
Antara khasiat raja satong yang paling popular ialah untuk rawatan kanser. Ia digunakan untuk rawatan kanser otak, kanser hidung, kanser payudara, kanser hati, kanser paru paru, kanser usus, kanser rahim, kenser kulit dan leukemia.
 
Dalam usaha beramal menggunakan herba raja satong, usaha lain jangan diabaikan. Rawatan perubatan moden diteruskan kerana panyakit kanser bukan satu perkara mudah untuk dijangkakan.
 
Herba raja satong juga baik untuk penyakit seperti:
- Sakit jantung
- Stroke
- Darah tinggi
- Kencing manis
- Buasir
- Masalah haid dan keputihan wanita
- Migraine
- Lancarkan peredaran darah
- Rheumatism
- Menambah susu ibu
- Merawat gangguan ginjal dan prostat
- Merawat masalah seksual.
- Menghilangkan lebam–lebam payudara.
- Tuberkulosis (batuk kering).
- Memperbaiki dan meningkatkan tenaga.
- Meningkatkan daya hidup.

No comments:

Post a Comment