Buah kurma memang berkhasiat. Buah yang
disebuat di dalam al-Quran. Buah yang melatari kisah dan sunah Rasulullah.
Kurma banyak ditanam di rantau negara Arab, utara Afrika dan telah merebak ke
beberapa negara yang secara tradisinya bukan pengeluar buah kurma.
Kurma memang banyak jenis. Banyak bentuk dan rasa yang berbeza. Kira macam buah durian jugalah. Banyak nama dan rasa yang menyebbkan harganya berbeza jauh berkali-kali ganda.
Kurma juga dimakan di peringkat usia berbeza. Buah kurma pada hari ke-105 dinamakan khalal. Pada tahap ini, kurma lebih dikenali sebagai kurma muda dan sudah boleh dimakan. Sudah mencapai saiz kebiasaan kurma. Warna: Kuning dan rasa manis-manis kelat
Pada hari ke-120 pasca pendebungan, kebiasaannya kurma telah mencapai tahap ruthob di mana kurma sudah mula masak. Saiz maksimum kurma dengan warna coklat. Manakala rasanya manis seperti ciku dan rangup
Manakala memasuki hari ke-150, kurma telah memasuki tahap terakhir kematangan iaitu tahap tamar. Pada tahap ini, kurma telah masak sepenuhnya dan telah kering. Saiznya mengecil berbanding ruthob dan warna bertukar coklat. Rasa manis
Kurma di dalam gambar adalah khalal. Sudah boleh dimakan, tetapi kalau hendak lebih sedap tunggu kira-kira seminggu hingga dua minggu lagi sehingga mencapai tahap ruthob.
Ruthob lebih lembut dan manis. Orang
di negara terdapat banyak kurma akan memakan pada peringkat ini. Buah kurma
peringkat ruthob lembut tetapi rangup, segar dan manis sederhana.
Apabila sudah masuk tahap tamar, ia menjadi liat dan lebih manis. Ia masih sihat untuk dimakan. Tahan lama untuk disimpan.
Persoalan sekarang, ada pengusha kurma yang menjeruk kurma dalam air gula dengan tujuan untuk menjadikan ia tahan lama, terutama kurma yang dipetik muda tetapi tidak habis dijual.
Di dalam kurma memang sudah ada gula dan rasa manis. Bayangkan ditambah pula dengan gula digunakan untuk menjeruk yang meresap masuk ke dalam buah kurma. Betapa banyaknya gula dalam sebiji kurma.

Dapatkan kurma mariami kurang kandungan gula
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/7pmkPVb4BX?

No comments:
Post a Comment