Jalan Pintasan Rawang (Rawang Bypass), juga
dikenali sebagai Lebuh Raya Rawang–Serendah, telah dibukan kepada lalu
lintas pada 28 November 2017. Pembinaan Jalan Pintasan Rawang berharga RM628
juta bermula pada 16 Julai 2005 dan siap pada 21 November 2017.
Antara fakta menarik Rawang Bypass adalah
seperti berikut;
- Laluan jalan tol percuma. Tiada plaza tol di kedua-dua belah laluan.
- Pada ketinggian 58.2 meter dari aras bumi, Rawang Bypass merupakan antara jambatan tertinggi di Malaysia selepas Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus), Pulau Pinang setinggj 61.5 meter.
- Rawang Bypass dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan berbengkang-bengkok bagi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut.
- Pembinaan laluan ini dibina penuh cermat agar spesis terancam seperti Giam Kanching ini dapat diselamatkan.
- Memendekkan perjalanan Bandar Rawang ke Kuala Lumpur dari 2 jam menjadi 30 minit ketika waktu puncak.
- Rekaan bagi jalan raya ini adalah hasil arkitek tempatan, Radzali Mokhtar.
- Bagi yang suka aktiviti mendaki di sini ada Hiking Trailhead. Panorama indah infra rakyat ini pasti memukau para pendaki setelah sampai ke destinasi puncak.

No comments:
Post a Comment