Wednesday, 6 January 2021

SPIRULINA BANYAK MANFAAT

Spirulina dianggap antara makanan tambahan yang hebat. Spirulina adalah organisma yang ringkas dan bersel tunggal.

Spirulina adalah sumber protin lengkap yang berkualiti tinggi dan sering dibandingkan dengan telur untuk jumlah protein setiap gram.

Vitamin B1 atau thiamin yang yang diperlukan untuk penghadaman lemak dan protein juga disediakan dalam sajian spirulina untuk meningkatkan tenaga, kesihatan mata, fungsi otak dan meningkatkan fungsi saraf.

Selain itu, spirulina juga pembekal zat besi dan kalium.  Kalium di dalam spirulina adalah 26 kali yang terdapat dalam susu.

Spirulina adalah sumber utama nutrien lain termasuklah vitamin B-1 (tiamin), B-2 (riboflavin), B-3 (nikotinamida), B-6 (pyridoxine), B-9 (asid folat), vitamin C, vitamin D, vitamin A dan vitamin E. 

Ia juga merupakan sumber kalium, kromium, magnesium, mangan, fosforus, selenium, sodium dan zink. Spirulina mengandungi banyak pigmen yang boleh memberi manfaat pada badan.

Kajian menunjukkan bahawa spirulina mungkin sangat membantu dalam mengimbangi gula dalam darah, dan mungkin juga berkesan sebagai ubat diabetes dalam beberapa keadaan. 
 
Spirulina adalah antioksidan yang kuat. Antioksidan adalah komponen yang melindungi sel-sel kita daripada berlaku kerosakan. Melalui penyelidikan bertahun-tahun, ramai di antara kita sudah memahami pentingnya memakan antioksidan yang cukup dari sumber semula jadi, dan spirulina adalah pilihan yang hebat.

Membantu membuang logam berat dalam badan. Spirulina boleh bergabung dengan logam berat di dalam badan dan membantu menghilangkannya. Ia juga sangat tinggi dengan kandungan klorofil, yang membantu menghilangkan toksin daripada darah dan meningkatkan sistem imun. 
 
Ketahanan otot. Spirulina diketahui meningkatkan pembakaran lemak semasa senaman. Kandungan antioksidan yang tinggi menjadikannya bermanfaat dalam mengurangkan oksidasi yang selalunya menyebabkan keletihan otot dan ketidakupayaan untuk membentuk otot dengan baik.

No comments:

Post a Comment