Wednesday, 30 December 2020

CARA SUSUN KAYU API SUPAYA CEPAT KERING

Dahulu, pemandangan seperti di dalam gambar kerap dilihat terutama di kampung-kampung. Objek dalam gambar itu adalah kayu yang telah dipotong dan dibelah. Kayu itu diletakkan sedemikian adalah proses untuk mengeringkan kayu yang akan digunakan sebagai kayu api untuk memasak. 
 
Masyarkat dahulu menggunakan dapur kayu untuk memasak. Kayu yang digunakan biasanya diperoleh dari kawasan hutan atau belukar berhampiran tempat tinggal. 
 
Kalau jenis kayu kecil atau ranting yang telah kering boleh terus digunakan. Sebaliknya jika kayu besar dan masih basah, itulah cara dilakukan untuk keringkan kayu. 
 
Selain kayu, pelepah kelapa juga turut digunakan sebagai bahan bakar. Proses penyusunan untuk mengeringkan pelepah kelapa juga dibuat begitu. 
 
Penyusunan dibuat sedemikian bagi mempercepatkan proses pengeringan. Pancaran cahaya matahari dapat terus kepada hampir kepada semua kayu yang disusun untuk dikeringkan itu. 
 
Sebaliknya, jika kayu itu dilonggokkan, hanya bahagian atas sahaja yang akan terkena cahaya matahari dan akan cepat kering. 
 
Kayu-kayu yang telah kering akan dipindahkan diletak di tempat teduh, biasanya di bahagian bawah rumah. Rumah dahulu dibuat tiang tinggi yang membolehkan diletakkan sesuatu, termasuk kayu yang telah kering dijemur. 
 
Simpanan kayu api ditambah untuk digunakan pada musim hujan.

No comments:

Post a Comment