Bayaran sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) adalah sukarela. Tidak ada paksaan. Dilakukan dengan kerelaan
sendiri.
Ia adalah sumbangan bukan yuran. Tidak
kisahlah berapa sumbangan yang dipohon dan jumlah yang “ditetapkan” oleh
mesyuarat PIBG, ia adalah sumbangan dan bukan yuran.
Jumlah yang ditetapkan oleh mesyuarat PIBG
atau apa-apa keputusan hanya berdasarkan kepada “jangkaan” yang diperlukan atau
ingin dikutip, bukan jumlah yang wajib dibayar atau disumbang.
Walaupun keluarga mampu tidak semestinya
wajib membayar sumbangan PIBG. Jangan jadikan ibu bapa seperti penghutang. Yang
“diburu” dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan kononnya kedekut, berkira,
ketar tangan dan sebagainya.
Di sinilah tugas kepimpinan PIBG
diperlukan. Mereka harus mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa. Kepimpinan
PIBG adalah pemimpin kepada seluruh ibu bapa dan penjaga pelajar, serta guru-guru.
Dengan hubungan yang baik, lebih ramai ibu
bapa yang akan menyumbang kepada PIBG secara sukarela. Mereka bukan sahaja
menyumbang jumlah yang dipinta, bahkan akan menyumbang lebih daripada itu. Pada
masa yang sama, mereka akan bersama-sama berjuang untuk mencari sebanyak mungkin
dana untuk PIBG.
Pekeliling PIBG telah dikeluarkan sejak 1989 oleh pihak Kementerian yang menetapkan tidak ada mana-mana pihak pengurusan sekolah boleh memaksa, mengarahkan atau mengenakan apa-apa hukuman kepada pelajar atu ibu bapa yang tidak membayar sumbangan PIBG.
Perkara 38 (a) di dalam Akta Pendidikan 1996,
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 1998 [Sub
peraturan 7(2)] Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa (PIBG) secara jelas melarang
paksaan apatah lagi mengenakan hukuman seperti menahan pengagihan buku teks,
penahanan keputusan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM kepada
pelajar yang tidak membayar sumbangan PIBG.
Laporan kepada pihak berwajib boleh dibuat
oleh ibu bapa jika ada mana-mana PIBG atau sekolah yang melanggar peruntukan
akta ini.
Apa-apapun, tahniah kepada ahli
jawatankuasa PIBG yang begitu bersemangat dan secara sukarela mencurahkan bakti
demi kebajikan dan kecemerlangan pelajar.
Pekeliling PIBG telah dikeluarkan sejak 1989 oleh pihak Kementerian yang menetapkan tidak ada mana-mana pihak pengurusan sekolah boleh memaksa, mengarahkan atau mengenakan apa-apa hukuman kepada pelajar atu ibu bapa yang tidak membayar sumbangan PIBG.
No comments:
Post a Comment