Ternyata keputusan Mahkamah Persekutuan
mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah
(I) Kelantan 2019, akhirnya membuka dan mendedahkan kelemahan, kelompangan dan
kekurangan yang wujud dalam undang-undang syariah negara.
Jika sebelum ini, umat Islam mungkin
menyangkakan undang-undang syariah negeri serta Mahkamah Syariah sudah cukup
ampuh untuk menguruskan jenayah syariah, tetapi kekuatan itu tidak memenuhi
standard diharapkan susulan ia digubal pada peringkat Dewan Undangan Negeri
(DUN).
Walaupun penggubalan pada peringkat DUN
turut membabitkan kajian, penyelidikan, sumbang saran, diskusi dan percambahan
minda ilmuwan Islam, termasuk mufti, ulama serta pengamal undang-undang
syariah, ia masih mewujudkan ruang kelemahan ketara apabila ada pihak mencabar
peruntukan syariah itu di Mahkamah Sivil.
Di sini jelas menunjukkan terdapat
kelompangan sistem atau proses bagaimana hendak mewujudkan perundangan Islam
dapat memenuhi kehendak perubahan zaman walaupun dari segi prosedurnya ia
mematuhi peruntukan termaktub dalam Perlembagaan.
Jika disoroti semula usaha untuk
memperkukuhkan undang-undang dan Mahkamah Syariah di negara ini, ia sudah
bermula sejak lebih tiga dekad lalu apabila kerajaan memerintah sebelum ini
turut berusaha untuk menyeragamkan perundangan syariah di setiap negeri.
Ketidakseragaman yang berlaku ini bukan
saja menyebabkan kelemahan dalam pentadbiran, perundangan, pendakwaan,
penguatkuasaan dan penghakiman, malah paling menyedihkan memberi gambaran buruk
kepada hukum syarak.
Namun, mungkin disebabkan ketika itu
kerajaan memerintah memiliki kekuatan sokongan politik peringkat Pusat dan
negeri, maka usaha pengukuhan perundangan serta Mahkamah Syariah seperti
'melepaskan batok di tangga'. Tekad untuk memperkasa Mahkamah Syariah dan
perundangannya mungkin dibayangi kepentingan politik semata-mata.
Hari ini, tiada alasan lagi bagi pemerintah
sama ada peringkat Pusat atau negeri untuk sambil lewa dalam usaha memperkasa
perundangan syariah serta Mahkamah Syariah. Jawatankuasa Khas Mengkaji
Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-undang Islam
perlu lebih tegas dan berani membuat keputusan.
Usaha memanggil golongan pakar, khasnya
undang-undang syariah, mufti, ulama dan pengamal undang-undang bagi
membincangkan segala inti pati penting serta ulung dalam perundangan Islam
perlu menghasilkan keputusan jitu yang tidak boleh merobek lagi enakmen syariah
negara.
Dalam hal ini, pandangan pakar juga perlu
dikumpul merentas parti, agensi, kumpulan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Islam, bukan saja untuk didengar, dikaji serta diuji, bahkan perlu melalui
proses simulasi perundangan bagi menilai kekuatannya.
Pada akhirnya, keazaman untuk memperkasa
Mahkamah Syariah ini sepatutnya dapat menyatukan segala pandangan, idea serta
hujah ilmuwan Islam yang bebas pengaruh politik apatah lagi anasir ekstremisme.
SUMBER
Gambar sekadar hiasan
Baca juga:
Kuasa, kedudukan mahkamah syariah dijamin Perlembagaan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/bws.html
Usaha perkasa Mahkamah Syariah perlu bebas pengaruh politik, ekstremisme
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html
Perbezaan bidang kuasa menggubal undang-undang di Malaysia
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/gvv.html
Perbezaan istilah jenayah sivil dan syariah
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fkk.html
Enakmen jenayah syariah negeri bersumberkan hukum syarak
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fvc.html
Kuasa mahkamah syariah dilindungi
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/muj.html
Sebab 16 kesalahan syariah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak sah
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dgg.html
Kes Nik Elin: saya sudah kata 10 tahun lalu – Abdul Hamid
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/vfi.html
Muzakarah MUU berhubung isu pembatalan 16 Seksyen Enakmen Jenayah Syariah (1) Kelantan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/jyh.html
Memahami 16 kesalahan syariah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 terbatal
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fcc.html
Penambahbaikan undang-undang syariah agenda berterusan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dcz.html
Kuasa, kedudukan mahkamah syariah dijamin Perlembagaan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/bws.html
Usaha perkasa Mahkamah Syariah perlu bebas pengaruh politik, ekstremisme
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html
Usaha perkasa Mahkamah Syariah perlu bebas pengaruh politik, ekstremisme
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/gvv.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fkk.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fvc.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/muj.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dgg.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/vfi.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/jyh.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fcc.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dcz.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/bws.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html
No comments:
Post a Comment