Dalam membincang keputusan kes Nik Elin,
kita perlu jelas terlebih dahulu dalam fikiran kita apa yang kita mahu:
1. Adakah kita mahu tahu kedudukan undang-undang sekarang; atau
2. Adakah kita mahu keputusan itu seperti yang kita mahu.
Jika kita mahu tahu kedudukan undang-undang
sekarang, rujuklah kepada Perlembagaan dan tafsiran yang diberi kepadanya oleh
mahkamah sivil. Ingat, tugas mentafsir Perlembagaan terletak kepada mahkamah
sivil, bukan mahkamah syariah. Suka atau tidak, pada masa ini, itulah
kedudukannya kerana Perlembagaan bukan satu dokumen syariah. Saya pernah
berkata “Mahkamah sivil mentafsir Perlembagaan, mahkamah syariah mentafsir
Al-Quran.”
Apa yang dilakukan oleh mahkamah sivil,
termasuk dalam kes Nik Elin, adalah mentafsirkan Pelembagaan seperti yang ada
sekarang dan memutuskan isu dalam kes di hadapannya: sama ada peruntukan
undang-undang yang dicabar itu bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan yang
ada sekarang atau tidak. Itu sahaja. Ia bukan memutuskan kes itu mengikut apa
yang Hakim-Hakim itu atau mana-mana kumpulan mahu.
Jika kita tidak sukakan keputusan itu dan
mahu semua undang-undang jenayah Islam ditadbirkan oleh mahkamah syariah,
misalnya, remedinya adalah remedi politik: dapatkan Parliman meminda
Perlembagaan untuk membolehkannya dilakukan. Itu sistemnya dan caranya.
Janganlah mengharapkan Badan Kehakiman (mahkamah) menyelesaikan masalah Badan
Perundangan (Parlimen). Itu tidak kena pada tempatnya. Kita perlu tahu
kedudukan perundangan di bawah sistem di negara kita terlebih dahulu. Kemudian,
carilah jalan yang sesuai untuk melaksanakannya.
Menuduh Hakim-Hakim mahkamah sivil yang
beragama Islam “orang Islam menolak syariah” menunjukkan mereka tidak tahu
(saya tidak pernah menggunakan perkataan “jahil” dalam penulisan saya kerana
saya rasa ia terlalu kasar) peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang
berkuatkuasa pada masa ini yang kita semua tertakluk kepadanya termasuk
Hakim-Hakim mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Apabila memutuskan kes-kes di
hadapan mereka, Hakim-Hakim mahkamah sivil dikehendaki memutuskannya mengikut
Perlembagaan dan undang-undang yang berkenaan dengannya. Jika Hakim mahkamah
sivil berbuat demikian dan beliau dituduh menolak syariah, bagaimana dengan
seorang Hakim mahkamah syariah yang membicarakan seorang yang berzina yang
tidak menjatuhkan hukuman rejam kerana undang-undang yang di bawahnya orang itu
dituduh tidak memperuntukkan hukuman rejam? Adakah Hakim mahkamah syariah
itu juga menolak syariah?
Saya telah menulis mengenai isu ini
semenjak saya menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dalam tahun 1990-an. Kesemuanya
telah dibukukan dalam satu buku bertajuk” Konflik dan Penghamonian” dan juga
dimuatnaikkan dalam laman-laman web saya.
1. Adakah kita mahu tahu kedudukan undang-undang sekarang; atau
2. Adakah kita mahu keputusan itu seperti yang kita mahu.
Mulai di sini, dalam rencana ini, saya
meringkaskan apa yang saya katakan dalam ucapan saya bertajuk “Pelaksanaan
Undang-undang Jenayah Islam (Hudud, Qisas, Ta’zir) di Malaysia – Prospek dan
Cabaran” pada 1 April 2015 dengan suntingan dan tambahan di mana perlu.
Undang-undang jenayah diletak di bawah
bidang kuasa Persekutuan. Perlembagaan tidak mentakrifkan “criminal law”. Biar
apa pun, undang-undang jenayah yang wujud pada masa Perlembagaan digubal
seperti Penal Code, semestinyalah undang-undang jenayah. Jika tidak apa lagi?
Kata-kata “undang-undang jenayah Islam” (Islamic
criminal law) tidak langsung digunakan dalam Perlembagaan. Apa yang
diperuntukkan ialah:
“…. creation and punishment of offences by persons professing the religion of Islam against precepts of that religion, except in regard to matters included in the Federal List;”
(“……pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;”)
Perhatikan syarat-syarat yang disebut,
iaitu:
1. kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam,
2. terhadap perintah agama itu,
3. kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai
Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya boleh
membuat undang-undang jenayah jika ia memenuhi ketiga-tiga syarat itu. Janganlah
menuduh DUN menolak syariah pula. It juga tidak kena pada tempatnya.
Jika mahukan DUN membuatnya, dapatkan Kerajaan Persekutuan menggubal rang
undang-undang untuk diluluskan oleh Parlimen bagi meminda Perlembagaan memberi
kuasa kepada DUN untuk membuat undang-undang seperti yang kita mahu itu.
(Diharapkan Mahkamah Persekutuan tidak akan
mengatakan pindaan itu bercanggah dengan basic structure of the Constitution (struktur
asas Perlembagaan), oleh itu, tidak berperlembagaan dan tak sah. Sebab itulah
dari awal saya menentang doktrin itu diimpot masuk dari India.)
Selepas itu dapatkan pula Kerajaan Negeri
untuk menggubal rang “undang-undang jenayah Islam” seperti yang dikehendaki dan
membentangnya di DUN untuk diluluskan. Setelah undang-undang itu bekuatkuasa,
Hakim mahkamah syariah akan melaksanakannya kerana itulah undang-undang
berkuatkuasa.
Jangan salah faham dan mengatakan bahawa
“undang-undang jenayah” terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan, manakala
“undang-undang jenayah Islam” terletak di bawah bidang kuasa Negeri. Itu tidak
betul. Perlembagaan hanya membenarkan DUN membuat undang-undang bagi mengadakan
kesalahan-kesalahan jenayah tertakluk kepada tiga sekatan yang disebut itu dan
sekatan dalam Akta Mahkamah Syari’ah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Meminda Akta 355 seperti yang cuba
dilakukan oleh PAS sebelum Kerajaan BN jatuh kepada PH, jika berjaya dilakukan
sekalipun, tidak akan menyelesaikan masalah selagi Perlembagaan tidak dipinda
seperti yang disebut di atas dan, selepas itu, membuat semula undang-undang
yang dikehendaki itu. Enakmen Kanun Jenayah Syari’ah (II) (1993) 2015
(Kelantan) setakat yang ia memperuntukkan kesalahan-kesalahan yang bercanggah
dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perlembagaan dan Akta 355 itu adalah
tidak sah.
Dalam penulisan dan ucapan saya bermula
pada 7 Januari 2014, saya mengatakan
bahawa sebahagian daripada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan) tidak sah dan batal kerana ia mewujudkan kesalahan-kesalahan yang terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan. Ini sepuluh tahun dahulu.
Bagi kesalahan-kesalahan yang terletak
dalam bidangkuasa Negeri pula, ianya juga tak sah dan batal kerana ia
bercanggah dengan undang-undang Persekutuan ia itu Akta 355.
“…. creation and punishment of offences by persons professing the religion of Islam against precepts of that religion, except in regard to matters included in the Federal List;”
(“……pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan;”)
1. kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam,
2. terhadap perintah agama itu,
3. kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai
bahawa sebahagian daripada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan) tidak sah dan batal kerana ia mewujudkan kesalahan-kesalahan yang terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan. Ini sepuluh tahun dahulu.
Pada 2 April 2014, Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Kelantan telah memutuskan untuk membawa Private Bill di Parlimen untuk
mendapat kebenaran Parlimen bagi Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang
mengenai perkara-perkara yang terletak dalam bidang kuasa Persekutuan, seperti
yang diperuntukkan oleh Perkara 76A(1) Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataan akhbarnya Menteri Besar
Kelantan pada masa itu, antara lain, dilaporkan berkata: “….sebahagian besar
kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera
dan membunuh terletak dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan sebagaimana yang
diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code)……”
Daripada kenyataan itu, nampaknya Kerajaan
Negeri Kelantan telah menerima pandangan bahawa sebahagian daripada
enakmen itu tidak sah kerana ia melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
(Jika ahli-ahli PAS membaca kenyataan Menteri Besar Kelantan itu sepuluh tahun
dahulu mereka tidak sepatutnya melenting mendengar keputusan kes Nik Elin.)
Oleh sebab itu, untuk mengatasinya, mereka bercadang untuk meminta Parlimen
membenarkan Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat undang-undang bagi
kesalahan-kesalahan itu dan mengenakan hukuman hudud ke atasnya. Mereka
bersandar kepada Perkara 76A(1) Perlembagaan Malaysia.
Pada 18 Mac 2015, Rang Undang-Undang
Enakmen Kanun Jenayah Syari’ah (II) (1993) 2015 dibentangkan di Dewan Undangan
Negeri Kelantan dan diluluskan, anihnya, dengan sokongan Ahli-Ahli DUN UMNO
yang takut dituduh menolak syariah juga. Pada hal mereka boleh tidak
menyokongnya atas alasan ia tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan
undang-undang Persekutuan. Melihat isi kandungannya, semua masalah yang saya
sebut mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan) masih wujud.
Nampaknya, strategi Kerajaan Negeri Kelantan ialah membuat undang-undang itu
dahulu. Kemudian baru ia akan mendapatkan kebenaran Parlimen di bawah Perkara
76A(1).
Soalnya, bolehkah sebelum mendapat kebenaran
Parlimen, Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang itu? Pada pandangan
saya, tidak. Pada tarikh Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang itu, ia
tidak mempunyai bidang kuasa membuatnya. Bagaimana ia hendak membuatnya? Hanya
apabila Parlimen memberi kebenaran, barulah Badan Perundangan Negeri mempunyai
bidang kuasa membuatnya.
Bagi saya sekurang-kurangnya sebahagian daripada Enakmen itu tidak sah dan batal atas sebab-sebab yang sama dengan yang saya berikan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).
Saya telah mengakhiri ucapan saya pada 1
April 2015 itu seperti berikut:
"Saya sedar ucapan saya ini mungkin mengecewakan sesetengah orang. Tetapi, jika hendak mendengar pandangan jujur saya mengenai hakikat sebenar dari segi Perlembagaan dan undang-undang, itulah dia. Memetik kata-kata Imam Abu Hanifah, “Ini hanyalah pandangan saya…..”
"Saya percaya soal sama ada
Enakmen Kanun Jenayah Syari’ah (II) (1993) 2015 itu sah atau tidak di
segi Perlembagaan akan pergi ke mahkamah juga. Mahkamah yang mempunyai
bidangkuasa memutuskannya adalah mahkamah sivil sebab itu adalah isu keperlembagaan. Saya
ingin melihat apa keputusan Mahkamah Persekutuan mengenainya.”
Hari ini, sepuluh tahun kemudian, walaupun
saya tidak boleh bangun lagi, saya masih dapat mengetahui dan memahami bahawa
telahan saya itu adalah betul. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan 18
peruntukan enakmen itu tak sah dan batal kerana “intipati peruntukan-peruntukan
tersebut adalah berkenaan perkara di bawah Senarai Pesekutuan yang mana hanya
Parlimen mempunyai kuasa untuk membuatnya”.
Itu pun kerana Nik Elin hanya mencabar 20
peruntukan sahaja. Jika beliau meneliti penulisan dan ucapan saya
semenjak sepuluh tahun dahulu, ada lagi peruntukan yang boleh dicabar. Saya
tidak mahu menyebutnya. Saya mahu pembaca “Baca dan Fikir”. Itu tajuk
buku saya yang baru siap dicetak.
Mungkin ada orang mengatakan,
sekurang-kurangnya ada seorang Hakim, iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, yang
menyebelahi mereka. Kita perlu faham bahawa penghakiman beliau hanya
mengenai locus standi (kelayakan memulakan guaman itu), dan tidak
mengenai isu substantif. Jika penghakiman beliau betul sekalipun, ia hanya
sekadar memutuskan Nik Elin tidak ada kelayakan untuk memulakan guaman itu.
Esok orang lain boleh memfail tindakan baru mecabar peruntukan-peruntukan yang
sama.
14 Februari 2024
Oleh
Tun Abdul Hamid Mohamad
Bagi saya sekurang-kurangnya sebahagian daripada Enakmen itu tidak sah dan batal atas sebab-sebab yang sama dengan yang saya berikan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).
"Saya sedar ucapan saya ini mungkin mengecewakan sesetengah orang. Tetapi, jika hendak mendengar pandangan jujur saya mengenai hakikat sebenar dari segi Perlembagaan dan undang-undang, itulah dia. Memetik kata-kata Imam Abu Hanifah, “Ini hanyalah pandangan saya…..”
Tun Abdul Hamid Mohamad
Bekas Ketua Hakim Negara
SUMBER
Baca juga:
Kuasa, kedudukan mahkamah syariah dijamin Perlembagaan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/bws.html
Usaha perkasa Mahkamah Syariah perlu bebas pengaruh politik, ekstremisme
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html
Perbezaan bidang kuasa menggubal undang-undang di Malaysia
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/gvv.html
Perbezaan istilah jenayah sivil dan syariah
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fkk.html
Enakmen jenayah syariah negeri bersumberkan hukum syarak
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fvc.html
Kuasa mahkamah syariah dilindungi
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/muj.html
Sebab 16 kesalahan syariah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak sah
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dgg.html
Kes Nik Elin: saya sudah kata 10 tahun lalu – Abdul Hamid
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/vfi.html
Muzakarah MUU berhubung isu pembatalan 16 Seksyen Enakmen Jenayah Syariah (1) Kelantan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/jyh.html
Memahami 16 kesalahan syariah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 terbatal
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fcc.html
Penambahbaikan undang-undang syariah agenda berterusan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dcz.html
Kuasa, kedudukan mahkamah syariah dijamin Perlembagaan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/bws.html
Usaha perkasa Mahkamah Syariah perlu bebas pengaruh politik, ekstremisme
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html
Usaha perkasa Mahkamah Syariah perlu bebas pengaruh politik, ekstremisme
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/gvv.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fkk.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fvc.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/muj.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dgg.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/vfi.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/jyh.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fcc.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dcz.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/bws.html
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html
No comments:
Post a Comment