Wednesday 14 February 2024

KUASA MAHKAMAH SYARIAH DILINDUNGI

 
Berikut dengan keluarnya keputusan Kes Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Feb 2024 oleh Mahkamah Persekutuan ramai yang keliru dan tidak dapat memahami hakikat apa sebenarnya yang berlaku.
 
Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.
 
Ia adalah proses undang-undang yang telah temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak perlu dipanjangkan dengan spekulasi yang tidak berasas, terutama menuduh bahawa ia akan mengubah kuasa Mahkamah Syariah.
 
Kewujudan Mahkamah Syariah dijamin oleh Perlembagaan bahkan tidak boleh diganggu Mahkamah Sivil mengikut Perkara 121(1A) Perlembagaan.
 
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak menyentuh mengenai kedudukan Mahkamah Syariah. Apa yang diputuskan adalah 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang terbatal dan tidak sah.
 
Kalaupun ia terkait dengan Mahkamah Syariah ialah 16 kesalahan itu tidak boleh lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sedangkan kesalahan atau hal-hal lain yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah sebelum ini terus kekal dan sah.
 
Sepatutnya keputusan Mahkamah Persekutuan itu membawa kepada tindakan yang lebih mantap dan teratur untuk memperkasakan undang-undang syarak.
 
Inilah masanya kerajaan yang mempunyai kuasa atau sokongan majoriti Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dari semua pihak mengeluarkan taring untuk dapat membuat perubahan bagi mengatasi kelemahan seperti apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan itu.
 
Seluruh muslim di Malaysia, lebih-kebih lagi pihak yang berwajib  janganlah hanya berasa lemah diri atau hanya kecewa tanpa membuat tindakan yang lebih berkesan untuk memperbaiki institusi Mahkamah Syariah, perundangan Islam, guaman Islam, pendakwaan serta anggota kehakiman dan perundangan Islam.
 
Semua warga Malaysia mesti menerima hakikat bahawa Malaysia mempunyai dua sistem Mahkamah. Juga mempunyai dua badan penggubalan undang-undang di pusat adalah Parlimen dan di negeri DUN.
 
Inilah masanya untuk membuktikan keujudannya adalah bertujuan untuk mengharmonikan keperluan masyarakat Islam dan bukan Islam. Memenuhi keperluan hidup dan agama yang mereka anuti. Segala kelemahan dari peruntukkan Perlembagaan Persekutuan seperti di dalam Jadual Kesembilan. Senarai Kedua, Butiran 1 yang menyatakan: …kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan....hendaklah dihapuskan.
 
Perkara 121  1 (A) Perlembagaan  (Pindaan) 1988 ( Akta A 704) hendakkah diperkukuhkan lagi dengan menyebut kuasa mengadakan Mahkamah-Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya. Begitu juga Perlembagaan Negeri serta undang-undang berkaitan perlu diperbaiki dengan pindaan dan tambahan yang perlu.
 
Dengan ini ia menjadi bukti kukuh bahawa keujudan kedua-duanya adalah untuk bekerjasama dan saling membantu dan menyempurnakan satu sama lain. Keujudan dua sistem ini bertujuan menyempurnakan satu dengan lain dan bukan bersaing antara satu dengan lain.
 
Semua pihak mesti berperanan tanpa bermain dengan rasa kecewa atau berdendam yang berterusan. Rakyat diharap tidak terus berperang dengan sentimen masing-masing yang tidak berpenghujung dan lebih sulit dan lebih sukar untuk dirungkai semula.
 
Di pihak penggubal undang-undang terdiri Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu jelas tentang peranan mereka dalam perkara ini. Jangan hanya bertindak apabila ada kepentingan politik dan ambil tidak kisah jika memberi keuntungan kepada mereka.

Baca juga:

Kuasa, kedudukan mahkamah syariah dijamin Perlembagaan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/bws.html
 
Usaha perkasa Mahkamah Syariah perlu bebas pengaruh politik, ekstremisme
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html
 
Perbezaan bidang kuasa menggubal undang-undang di Malaysia
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/gvv.html
 
Perbezaan istilah jenayah sivil dan syariah
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fkk.html
 
Enakmen jenayah syariah negeri bersumberkan hukum syarak
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fvc.html
 
Kuasa mahkamah syariah dilindungi
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/muj.html
 
Sebab 16 kesalahan syariah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak sah
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dgg.html
 
Kes Nik Elin: saya sudah kata 10 tahun lalu – Abdul Hamid
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/vfi.html 
 
Muzakarah MUU berhubung isu pembatalan 16 Seksyen Enakmen Jenayah Syariah (1) Kelantan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/jyh.html
 
Memahami 16 kesalahan syariah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 terbatal
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/fcc.html
 
Penambahbaikan undang-undang syariah agenda berterusan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/dcz.html
 
Kuasa, kedudukan mahkamah syariah dijamin Perlembagaan
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/bws.html
 
Usaha perkasa Mahkamah Syariah perlu bebas pengaruh politik, ekstremisme
https://lwaliman.blogspot.com/2024/02/btx.html 
 

No comments:

Post a Comment