Tuesday 16 June 2020

RESIPI NANAS CELUP TEPUNG GORENG


Pisang goreng, keledek goreng, cempedak goreng, ubi kayu goreng dan sukun gorreng sudah biasa makan. Hari ini ada pula nanas goreng atau nanas celup tepung goreng.

Siapa yang ingin mencuba nanas celup tepung, boleh cuba resipi ini.

Nenas sebiji dikupas kulit dan dipotong ikut mahu.

Bahan tepung
- Tepung beras
- Telur sebiji
- Air kapur
- Pewarna
- Secubit garam
- Air

Cara membuatnya:
- Bancuh telur, garam, air kapur dan pewarna.
- Masukkan tepung dan air.
- Kacau... jangan terlalu cair terlalu pekat.
- Masukkan nanas dan gaul supaya semua bahagian diselaputi adunan.
- Ambil nanas dan masukkan ke dalam minyak masak panas.
- Angkat apabila tepung telah garing.

Tips hendak bagi tepung rangup...pastikan air kapur mencukupi.

No comments:

Post a Comment