Saturday, 12 June 2021

JENIS PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN

 
Penyakit lemah tenaga batin atau mati pucuk paling ditakuti lelaki. Kesan penyakit ini turut ditanggung isteri sehingga menggugat keharmonian rumah tangga.

Jadi, jangan ambil mudah soal suami tidak kuat. Terdapat jenis atau peringkat lemah tenaga batin.

Zakar langsung tidak mampu menegang.
Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling ditakuti lelaki.

Keadaan ini tidak ubah seperti tenaga lelaki telah hilang sepenuhnya. Tidak ada lagi kemegahan atau kepuasan sebagai lelaki.

Zakar lembik dan tidak berupaya senggama.
Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Keadaan ini boleh diubati dengan melakukan amalan boleh mengembalikan kekuatan.

Amalan pemakanan yang baik dengan mementingkan pengambilan jenis makanan tertentu boleh membantu memulihkan keadaan.

Satu lagi cara untuk mengatasi keadaan ini ialah menguatkan psikologi tentang kemampuan diri serta ghairah untuk melakukan hubungan seks. Jangan bawa permasalahan hidup pada waktu ingin bersama pasangan.

Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani.
Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.

Secara tuntasnya keadaan ini mengecewakan pasangan dan lelaki itu sendiri apabila tidak mampu mencapai klimeks.

Zakar yang tidak tegang seperti biasa.
Keadaan ini biasanya selari dengan peningkatan usia, cara hidup, psikologi dan tahap kecergasan. Keadaan ini tidak berterusan bergantung kepada puca masalahnya.

Individu mengidap lemah tenaga batin perlu jumpa doktor sakit tuan dan bincang cara untuk mengubatinya.

Banyak cara selamat boleh dilakukan untuk memulih tenaga batin. Kosnya berbaloi dan tidak melibatkan prosedur rumit. Hidup kembali ceria dan bermakna.

Perlu diingatkan agar jangan ambil jalan mudah dengan menggunakan ubat kuat yang tidak selamat. Banyak kesan buruk akibat ubat perangsang yang mengandungi bahan kawalan berjadual yang diambil tanpa nasihat pakar. Kesannya ada sehingga membawa maut.

Dengan kata lain, peluang sembuh dan kembali bertenaga masih terbuka kepada mereka mengalami masalah tenaga lelaki. Apa yang penting ialah dapatkan rawatan sewajarnya.  

Jangan mudah menekan butang panik apabila berdepan situasi lemah kuasa kelelakian.

No comments:

Post a Comment