Saturday, 26 June 2021

Pokok kurma berbuah lebat di Kampung Alor Hijau

 
Percubaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali menanam 10 batang pokok kurma jenis Ajwa di Kampung Alor Hijau, Selising mengeluarkan hasil. 
 
Pokok yang ditanam sebagai hiasan sejak empat tahun lalu, ternyata berbaloi apabila satu daripada pokok tersebut mula mengeluarkan hasil. 
 
Malah lebih menarik, tempoh buah kurma tersebut dihasilkan sama seperti perkembangan pokok kurma di Madinah, ketika ini. 
 
Menurut Zulkifli, pada tahun pertama dan kedua pokok ada mengeluarkan buah namun kesemuanya gugur. 
 
Tahun ini hasilnya lebih baik apabila lapan tandan daripada sebatang pokok kurma sedang berbuah dan sudah hampir boleh dituai. 
 
Pokok kurma berbuah lebat itu turut menarik perhatian penduduk setempat. 
 
Ternyata, pokok kurma boleh dikomersialkan di negara ini jika diberi penjagaan rapi seperti pembajaan yang cukup. 
 
Cuaca panas terik sangat sesuai bagi membantu proses mengeluarkan buah dan mengekalkan kualiti asalnya yang rangup dan manis.

No comments:

Post a Comment