Sunday, 3 October 2021

KAYU HANYUT HIASI PANTAI NUSUK

  
Batang kayu yang ditegakkan dan yang dibaringkan, adalah identiti Pantai Nusuk, Kampung Tanjung Kuala. 
 
Tidak dinafikan antara daya penarik di Pantai Nusuk kerana adanya arca kayu yang menjadi tempat swafoto mahupun bergambar beramai-ramai. 
 
Lebih menarik lagi keran pada arca tersebut terpampang nama tempat itu yang mudah menjadi pengenalan lokasi gambar itu dirakamkan. 
 
Sebenarnya, kayu-kayu tersebut adalah kayu hanyut yang diambil di tepi pantai dan di muara Sungai Pengkalan Datu yang terdapat bersebelahan dengan Pantai Nusuk. 
 
Ternyata kayu hanyut itu menjadi penyeri dan daya tarikan kepada Pantai Nusuk. 

 

No comments:

Post a Comment