Kampung
Badang terletak di dalam Mukim Badang, jajahan Kota Bharu. Jalan Pantai Cahaya Bulan
(PCB) melalui Kampung Badang, bermula dari Sungai Badang (Sungai Raja Gali) menganjur
ke utara menuju Kampung Semut Api.
Terdapat
klinik kesihaan dinamakan Klinik Kesihatan Badang. Namun, lokasi Klinik Kesihatan
Badang bukan terletak dalam Kampung Badang. Klinik Kesihatan Badang terletak di
Kampung Padang Pasir Luas, bersempadan dengan Kampung Badang. Nama Klinik Kesihatan Badang mengambil nama Mukim Badang.
Mercu
tanda yang terletak di Kampung Badang ialah Kem Kijang, kem pengakap yang cukup
terkenal di Kelantan, bahkan di Malaysia. Kem Kijang pernah menjadi lokasi
Jambori Pengakap Asia Pasifik Ke-7 dan Jambori Pengakap Malaysia Ke-5 pada
tahun 1982.
No comments:
Post a Comment