Sunday 2 October 2022

WANITA BANDAR TUN RAZAK ANJUR WOMEN’S FIT CHALLENGE

 
Menjaga kesihatan itu penting. Ia dilakukan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Salah satu ialah dengan menjaga berat badan. Berat badan unggul adalah manifestasi kepada kejayaan mengawal berat badan. 
 
Berjaya mencapai berat badan unggul bukan sahaja untuk menjaga kesihatan, tetapi jaga untuk penampilan diri lebih menyakinkan untuk tampil di khalayak ramai, terutama kepada mereka yang banyak berurusan dengan orang ramai. 
 
Menyedari kepada pentinnya kesihatan dan penampilan diri melalui penjagaan kawalan berat badan, Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak menganjurkan Women’s Fit Challenge. 
 
Majlis penutup dan penyampaian hadiah Womens Fits Challenge telah disempurnakan oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Menteri Pengajian Tinggi, berlangsung di Dewan Kemara, Kampung Malaysia Raya.

No comments:

Post a Comment