Pilihan Raya Umum Kali Ke-15 yang berlangsung pada 19 Nov 2022 mencatat banyak perkara kali pertama berbanding 14 PRU sebelum ini. Antara fakta yang menjadi sejarah itu ialah:
- Kali pertama perlantikan PM selepas PRU
ambil masa sehingga lima hari
- Kali pertama dalam sejarah PM mempunyai
isteri yang juga seorang Ahli Parlimen
- Kali pertama juga dalam sejarah, PM dan
isteri pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada orang yang sama iaitu Tun
Dr Mahathir Mohamad
- Kali pertama juga dalam sejarah kerajaan
tak boleh dibentuk kerana tiada parti menang majoriti mudah
- Kali pertama juga dalam sejarah; Kerajaan
yang dibentuk adalah dalam bentuk gabungan parti berlawanan sebelum PRU
- Kali pertama dalam sejarah YDPA meminta kerajaan adalah dalam bentuk perpaduan
- Kali pertama dalam sejarah, Ahli Parlimen
terbanyak dimenangi oleh PAS sebanyak 49 kerusi dengan jumlah undi terbanyak
iaitu 2,600,492 undi
- Kali pertama dalam sejarah, anak muda
berumur 18 tahun boleh memilih kerajaan
- Kali pertama ada dua ‘Azizah’ dalam satu
Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia (Permaisuri Agong dan isteri
Perdana Menteri)
- Pertama kali dalam sejarah bekas banduan
jadi PM dan bekas PM menjadi banduan
No comments:
Post a Comment