Masih ada penduduk di Semenanjung yang tidak yakin dengan
keadaan di Sabah dalam pelbagai aspek. Entahlah, tidak tahu apa yang mereka
fikirkan.
Ada satu kiriman di media sosial tentang seorang bapa atau
ibu (tidak pasti) yang mempertimbangkan sama ada hendak menerima atau menolak
tawaran yang diperoleh anaknya untuk menyambung belajar di Universiti Malaysia
Sabah (UNIMAS).
Pertanyaan itu lalu dijawab secara pulang paku buah keras
oleh sorang pengguna Muka Buku. Ini catatan pengguna Muka Buku itu.
Saya bukan alumni Unimas tapi saya faham kebimbangan orang
dari Semenanjung yang pertama kali akan ke tanah Borneo (Sabah, Sarawak). Jadi
saya bagi sedikit tips kepada pengunjung pertama kali ke bumi ini..
Matawang - Kami di tanah Borneo menggunakan matawang Pound Sterling. Tukaran
dia kepada RM ialah 1 Pound Sterling bersamaan dengan RM5. Jadi saya sarankan
untuk mengumpul sebanyak wang yang boleh. Kami juga menerima emas.
Pengangkutan - Kami masih bergerak menggunakan gajah, kuda dan zirafah. Pastikan
anda mahir sekurang kurangnya menunggang kuda. Kami ada juga Grab tapi bukan
Grab car, Grab Horse.
Rumah - Anda boleh memilih sama ada gua, atas pokok kayu atau tidur sahaja di
mana mana. Tiada bayaran dikenakan, cuma atas risiko sendiri. Gua kadang didiami
beruang dan atas pokok pula kadang ada monyet dan ular. Tapi mereka ni jinak
semuanya.
Bahasa - English (Penulis ini terpaksa menggunakan chatgpt untuk memudahkan
pemahaman yang lain)
Makanan - Roti dan keju
Haiwan liar - For info : Kami tidak ada Khidmat Food Panda
atau Grab Food. Kami guna "Balan-Balan".
- Payment dia tak terima wang, dia cuma terima darah....
Lagi jimat..
Internet - Signal 5G hanya boleh diperolehi di kemuncak Gunung Kinabalu. 4G
kalau di aras pokok kelapa. Kalau di tanah kami guna asap saja untuk berhubung.
Kepercayaan - Kami masih mengamalkan penyembahan berbentuk korban berbentuk
teruna atau dara suci kepada Tuhan kami. Tapi anda tidak perlu takut kalau anda
tidak suci lagi.
Keselamatan - Anda dibenarkan untuk membawa pisau, panah atau pistol untuk
mempertahankan diri dari serangan haiwan liar ataupun puak puak yang masih
mengamalkan kanibalisme (yep masih ada lagi yang tinggal tapi jangan risau...
Mereka hanya makan yang gemuk.. Yang kurus bukan taste mereka)
Semoga tips tips ini mampu menyediakan anda dari segi fizikal (kadang anda
perlu lari dari dikejar badak sumbu) dan mental (susah mau tidur pada hujung
minggu pasal persatuan Orang Utan dan kera sering mengadakan pesta hujung
minggu) sebelum meneruskan kehidupan di negara Borneo ini.
FB Aldrian Willon

No comments:
Post a Comment