Wednesday 12 August 2020

CARI TITIK PERSAMAAN DALAM PERSAHABATAN


Adab dalam perhubungan, bukan semua orang mahu berkerjasama dan membantu kita. Itu perkara biasa.

Kita tidak perlu berasa kecewa apabila orang tidak mahu bersama dengan kita. Itu bukan bermakna kita seorang yang tidak baik atau mereka benci kepada kita.

Sebab orang mempunyai sebab-sebab mengapa mereka mahu atau tidak mahu berkerjsama dengan kita. Sebab-sebab itu mungkin tidak kena mengena langsung dengan diri kita.

Kita move on. Jangan serik. Teruskan mencari orang yang mahu bersama dengan kita. Cari sampai jumpa orang itu. Ketika kita mencari, sebenarnya ada orang lain juga sedang mencari untuk menjadikan kita teman. Hanya belum bertemu dengan kita.

Kita mencari titik persamaan dan bukannya perbezaan. Tetapi, pada masa sama kita perlu mencari yang berlainan dengan kita untuk saling melangkapkan. Hidup ini Allah ciptakan secara berpasang-pasangan.

No comments:

Post a Comment