Friday 28 August 2020

KEPENTINGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN VITAMIN C

Vitamin C dianggap paling kerap disebut dan diingati oleh kebanyakan orang. Ini membuktikan vitamin C amat penting dan diperlukan oleh badan. Untuk membantu pengambilan vitamin C secara lebih teratur dan menepati keperluan, adalah disarankan mengambil suplemen vitamin C.

Suplemen vitamin C merupakan sejenis supplemen yang diambil dalam bentuk tablet. Teknik suplemen ini amat mudah dan lebih menyenangkan kerana tablet tersebut boleh diambil mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan kesihatan.

Kesan kekurangan vitamin C akan menyebabkan badan menjadi cepat letih dan lemah serta menimbulkan kesan sentiasa tertekan. Selain itu badan mudah diserang demam, batuk dan selsema akibat kekurangan vitamin C. Ini kerana kekurangan vitamin C menyebabkan antibodi yang lemah.

Kekurangan vitamin C menyebabkan kulit kelihatan kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar. Wajah dan kulit lebih cepat nampak tua dari usia.

Kesan lain akibat kekurangan vitamin C ialah individu berkenaan akan mengalami sakit-sakit sendi, luka lambat sembut serta gigi kelihatan kuning terutama bagi perokok.

Kapilari atau salur darah juga akan cepat tersumbat jika mengalami masalah kekurangan vitamin C.

Maka itu, setiap orang perlu mengambil Vitamin C secukupnya.  

Vitamin C juga berperanan mencantikkan kulit. Kulit akan lebih cerah dan kurang berlaku masalah kulit kering dengan pengambilan vitamin C secara berterusan.

Kebaikan vitamin C juga dikenali sebagai antioksidan yang kuat yang berperanan melawan penyakit. Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ianya didapati bahawa vitamin C dengan ciri-ciri antioksida ini merupakan sebuah bahan dalam membantu mematikan sel kanser.

Maka, tidak hairan jika vitamin C dapat membantu mencegah kanser apabila mampu meningkatkan interferon semulajadi atau daya ketahanan yang tinggi serta mampu merangsang pengeluaran T-cell untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.

Vitamin C mampu meningkatkan sistem imun badan dengan membantu membina sel darah merah dalam tubuh untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, mengukuhkan sistem imun.

Satu lagi kesan kebaikan mengambil vitamin C ialah membantu meningkatkan kesan pemulihan, membantu dalam penghasilan kulit baru, alergi dan memudarkan parut.

Vitamin C juga dapat memperbaiki simpton pendarahan berkaitan masalah gusi berdarah, kulit kasar, kulit ruam dan kulit kering.

Vitamin V membantu fikiran lebih tenang, kurang stress dan masalah mental seperti keresahan.

Tidak kurang penting peranan vitamin C ialah mengekalkan kolestrol sihat, membantu megurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengahalang pendarah dalam hidung dan kapilari dari darah.

Dengan kata lain, vitamin C diperlukan oleh semua golongan, terutama ibu mengandung, ibu yang menyuskan bayi, kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas. lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan, individu yang mempunyai masalah resdung dan alahan kulit.

Vitamin C juga dapat membantu mereka yang menghadapi masalah ketagih rokok.

Sesungguhnya, pengambilan suplemen vitamin C dapat membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan. Hal ini kerana banyak orang pada masa kini mempunyai masalah kekurangan vitamin C dalam badan. Ini secara tidak langsung boleh mendatangkan masalah kesihatan yang bahaya.

Oleh itu, bagi membantu menangani masalah ini dengan lebih cepat ianya lebih baik untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen bagi kesan yang lebih cepat.


No comments:

Post a Comment