Friday 15 October 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU KUNDOR

  
Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor terletak berhampiran dengan persisir Pantai Laut China Selatan. Biarpun namanya menggunakan nama tempat iaitu Pulau Kundor, namun lokasi sebenar sekolah ini terletak di Pantai Kundur. 
 
Pembahagi kawasan antara Kampung Pantai Kundur dan Kampung Pulau Kundur ialah sebatang sungai iaitu Sungai Che Latih. Kedua-dua kampung ini dihubungi melalui jambatan. 
 
Memang banyak orang keliru dengan lokasi Kampung Pantai Kundur dengan Kampung Pulau Kundur. Nama Kampung Pulau Kundur lebih dikenali. 
 
Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor menampung pelajar dari Kampung Pantai Kundur, Pantai Mek Mas dan Kampung Pulau Kundur. 
 
Lokasinya lebih kurang 10 kilometer dari bandar Kota Bharu. Pekan terdekat ialah Kuala Besar dan Kedai Buluh. 
 
Jarak dari jalan utama Jalan Kedai Buluh – Kuala Besar di hadapan Medan Ikan Bakar (MBI) adalah kira-kira dua kilometer. Keadaan jalan adalah kategori jalan kampung. 
 
Selain itu, pengunjung juga boleh menggunakan Jalan Che Latif dan melalui jalan kampung sehingga sampai lokasi sekolah. 
 
Sekolah ini menjadi mercu tanda kepada Kampung Pantai Kundur, selain Masjid Mukim Pantai Kundur.

No comments:

Post a Comment