Friday 22 October 2021

KEKUATAN PSIKOLOGI BERI KESAN PENYEMBUHAN

  
Keimanan yang kuat akan membuah hasil bukan sahaja dari segi rohani bahkan dari segi fizikal. Tahap kerohanian yang tinggi akan melindungi manusia dari penyakit-penyakit hati yang memperkuatkan pertahanan badan. 
 
Menurut al-Qudah (1987) terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa status psikologi dan spiritual memberi kesan penyembuhan kepada beberapa penyakit organik. 
 
Jadi, jiwa yang kental tidak mudah menyerah kalah kepada penyakit amat penting. Selain melakukan rawatan perubatan, rawatan jiwa dan rohani juga dapat membantu. 
 
Sikap reda terhadap ketentuan dan ujian Allah seharusnya dibuktikan dengan semangat yang kuat untuk menghadapinya. Jangan mudah menyerah kalah dan hanya ingatkan mati atau melayan dengan perasaan lemah. 
 
Mati itu pasti, tetapi berjuang untuk hidup lebih baik adalah satu amanah yang perlu ditunaikan. 
 
Banyak kes pengidap penyakit berbahaya yang dekat kepada ajal, mampu bertahan lebih lama dan ada yang mengalami keajaiban penyakitnya sembuh disebabkan semangat positif di dalam diri. 
 
Semangat yang tinggi untuk sembuh akan menggalakkan sesetengah sel tubuh menjadi aktif untuk melawan penyakit. Manakala, sel yang membawa kepada penyakit seperti sel kanser pula akan menjadi lemah dan hilang.

No comments:

Post a Comment