Sihir
dilakukan dengan khidmat bomoh atau pawang menggunakan kuasa ghaib seperti jin
dan hantu. Sihir menyebabkan mangsa menderita kemurungan, tersiksa zahir dan
batin, serta penyakit sehingga boleh membawa maut.
Umat Islam perlu menjauhkan
amalan sihir kerana boleh merosakkan akidah kerana mendapatkan pertolongan dari
kuasa ghaib. Selain itu, perbuatan menyebabkan kesan buruk kepada orang lain dengan
cara apa sekalipun adalah ditegah dilakukan. Justeru, hukum mengamalkan sihir
adalah haram.
Hukum orang yang mendapatkan
khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:
Pertama: Sesiapa
yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya
dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang
yang seumpama ini dihukum kafir.
Dia dikira kafir kerana telah
mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib
yang asalnya adalah milik Allah sahaja.
Adapun bagi sesiapa yang
mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut
dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara
ghaib.
Sebaliknya ahli sihir itu
mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar
dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia.
Dalam situasi itu, para ulama
berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap
dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat
orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang
besar.
Kedua: Sesiapa
yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa
besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai
halangan daripada melakukan dosa tersebut.
Pengamal sihir dan orang yang
menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam
golongan ahli neraka.
Mempelajari ilmu sihir adalah
haram secara mutlak walaupun dengan tujuan untuk kebaikan.
Semua pihak adalah diharamkan
daripada menyebarkan, memasarkan dan mempromosikan amalan-amalan yang berkaitan
dengan sihir.
Apa pun sebab membawa kepada menggunakan
khidmat ahli sihir adalah bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia.
No comments:
Post a Comment