Pekan Ranau merupakan pekan kecil di
pedalaman Sabah. Letaknya kira-kira 110
kilometer dari Kota Kinabalu. Bagi
mereka berpeluang melancong ke Sabah, jangan melepas peluang berkunjung pekan
Ranau.
Ada dua destinasi pelancongan utama
di Ranau iaitu Taman Kinabalu yang meliputi kawasan Gunung Kinabalu dan Kolam
Air Panas Poring.
Kolam Air Panas Poring terletak
kira-kira 13 kilometer dari pekan Ranau.
Tempat tersebut pertama kali telah dibangunkan sebagai tempat istirehat
oleh tentera Jepun ketika menakluk Sabah pada zaman Perang Dunia Kedua.
Memandangkan ia berpotensi menarik
ramai pengunjung ke Ranau khasnya dan Sabah amnya, kerajaan Sabah telah
mengambil insentif membangunkannya dengan lebih sistematik pada awal tahun 60
an dan telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 1966.
Telaga air panas yang terdapat di
situ merupakan mata air semulajadi yang terbentuk oleh aktiviti gunung berapi
yang kurang aktif jauh di dalam perut bumi.
Wap panas dari perut bumi kehilangan
sebahagian habanya ketika bergerak naik kepermukaan bumi melalui rekahan gunung
berapi. Wap itu mengembang apabila
sampai berhampiran permukaan bumi dan kemudian bertukar menjadi cecair dan
seterusnya membentuk mata air.
Air panas di Poring bersuhu di
antara 49 hingga 60 darjah Calsius. Ia
kaya dengan kandungan sulfur yang dipercayai sesuai untuk mengubati pelbagai
jenis penyakit kulit.
Untuk kemudahan pengunjung ke Kolam
Air Panas Poring mandi air panas dengan selesa, tempat mandi khas
disediakan. Air di dalam kolam tersebut
boleh diimbangi suhunya mengikut kesesuaian dengan mencampur air sejuk dari
gunung.
Selain kolam mandi air panas,
terdapat juga dua kolam air sejuk untuk kanak-kanak mandi manda. Airnya yang disalurkan terus dari gunung
berasa sejuk, bersih dan jernih.
No comments:
Post a Comment