Kilang Mancis Cap Lada yang terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan atau lebih dikenali Sungai Keladi. Kilang ini menjadi 'land mark' kepada kawasan ini yang dikenali kebanyakan orang Kota Bharu.
Kilang itu cukup terkenal dan berjasa menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk Kota Bharu.
Orang Kelantan panggil mancis sebagai 'gesek'. Maka, ketika itu peluang bekerja di kilang gesek sudah dianggap hebat.
Kilang ini pada kemuncak kegemilangan pernah mengeluarkan kira-kira 2 juta kotak mancis sebulan dengan 300 orang pekerja yang bekerja dua shif. Namun pengeluran sekarang sekitar 200,000 kotak sahaja sebulan dengan pekerja 38 orang.
Penggunaan gesek kini semakin kurang disebabkan diganti pemetik api yang lebih mudah digunakan.

No comments:
Post a Comment