Banyak orang tidak tahu bunga durian juga boleh dimakan. Boleh dijadikan rendang cili padi,
tumis goreng belacang dan menu lain yang sesuai dengannya.
Sama
sahaja cara memasaknya seperti hidangan sayur yang lain. Anggap sahaja bunga durian
itu macam taugeh atau kacang cambah.
Sebelum
dimasak, bunga durian perlu celur beberapa minit untuk membuang lendir dan
getah. Selepas ditoskan, siap untuk dimasak mengikut menu pilihan seperti goreng kosong, goreng bersama ikan bilis atau bawang, masak lemak dan masak
belacan.
Memandangkan
musim durian bermusim, ambillah kesempatan jika ada durian sendiri di kebun. Rasakan
keunikan dan kelainan rasanya. Mencuba sesuatu yang jarang kita berpeluang merasainya.
Selain
rasanya yang sedap, bunga durian juga sesuai digunakan sebagai ikhtiar mengubati
penyakit kuning, tekanan perasaan dan kemurungan. Bunga durian kaya dengan vitamin B6.
Nanti
jika tiba musim durian, bolehlah mencari bunga durian untuk merasa macam mana
sedapnya sayur bunga durian.
No comments:
Post a Comment