Lubok
Antu ialah sebuah daerah di Bahagian Sri Aman, Sarawak. Ia bersempadan dengan
Badau, Kalimantan Barat, Indonesia. Kawasan ini berbukit bukau. Jarak dari Kuching
kira-kira 250 kilometer.
Majoriti
penduduknya merupakan kaum Iban. Aktiviti ekonomi utama di daerah ini adalah
aktiviti pertanian pindah atau pertanian bukit.
Nama
Lubok Antu dikatakan berasal daripada peristiwa peperangan yang sering berlaku
dalam kalangan masyarakat Iban pada suatu masa dahulu.
Peperangan
yang berlaku menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan mayat-mayat yang terkorban
dihanyutkan arus deras dari hulu Sungai Batang Ai ke suatu lubuk di hilir
sungai.
Tiada
siapa yang berani menguruskan mayat-mayat yang telah tersadai di lubuk
tersebut. Lubuk di mana mayat tersadai itu pula mula dianggap berpuaka oleh
penduduk tempatan, maka lahirlah nama Lubok (lubuk) Antu (hantu atau puaka).
Terdapat
juga cerita lagenda masyarakat setempat mengenai asal-usul nama Lubok Antu.
Menurut lagenda tersebut, suatu ketika dahulu ada dua orang adik-beradik
bernama Chiri dan Jampi.
Suatu
hari, mereka pergi Ngamboh parang (Nempek parang). Sekembalinya dari
ngamboh, mereka telah terserempak dengan Bunga Nuing iaitu Orang Panggau atau
Orang Kayangan.
Mereka
dicabar oleh Bunga Nuing untuk beradu ketajaman parang. Dalam peraduan itu
Bunga Nuing telah mansap (menetak) batu yang terdapat di tepi sebuah
lubuk.
Bunga
Nuing yang menetak batu tersebut bukanlah golongan manusia biasa dan masyarakat
tempatan pada masa itu pun beranggapan bahawa lubuk tersebut ada berpuaka atau
berhantu.
Semenjak
itu, daerah ini secara keseluruhan telah dikenali sebagai Lubok Antu. Batu yang dikatakan ditetak oleh Bunga Nuing masih ada sehingga sekarang.
Lubok
Antu telah wujud seawal era penjajahan sekitar awal tahun 1800-an. Menurut
orang-orang tua, tiga buah kedai pertama yang didirikan dahulu terletak
berdekatan dengan Klinik Kesihatan Lubok Antu sekarang.
Lokasinya
kira-kira 20 meter dari tebing Sungai Batang Ai. Kedai-kedai tersebut memenuhi
keperluan penduduk yang terdiri daripada komuniti Cina, Melayu dan Iban yang
kebanyakannya tinggal di sepanjang Sungai Batang Ai, Sungai Engkari dan Sungai
Lemanak.
Pada
masa kini, kedai-kedai tersebut telah dipindahkan ke lokasi lain.
Sekitar
tahun 80-an, program penempatan semula penduduk dijalankan di Lubok Antu bagi
memberi ruang kepada pembangunan empangan hidroelektrik pertama Sarawak.
Lebih
90 peratus daripada jumlah penduduk di Lubok Antu beragama Kristian dan selebihnya beragama
Buddha, Islam dan kepercayaan adat.
No comments:
Post a Comment