Thursday, 21 November 2019

KEGUNAAN DAUN PUCUK BETIK

Selain isi buah betik, pokok betik juga boleh dimanfaatkan menggunakan bahagian lain seperti daun, pucuk, getah dan biji.   

Mengubati sakit-sakit otot.
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

Merawat masalah kulit.
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

Mengubati tumit pecah-pecah.
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

Ulam-ulaman.
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.

Melembutkan daging.
Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.

Mengubati hipertensi.
Pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

Merawat denggi.
Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik.

Merawat sirosis hati.
Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain.

Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.

No comments:

Post a Comment